Kenaikan Kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tahun Hadapan Mengikut Belanjawan 2024.
Pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) yang lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, telah membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen.
Salah satu intipati yang dibentangkan pada belanjawan kali ini adalah berkenaan kadar Sumbangan Tunai Rahmah yang telah naikkan daripada RM3,100 pada tahun sebelum ini kepada RM3,700 bagi tahun hadapan.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah dan kadar sumbangan bagi tahun hadapan, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Belanjawan 2024
Bagi Belanjawan 2024, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan peruntukkan sebanyak RM393.8 bilion, dan jumlah ini merupakan Belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.
Semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu:
- Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan.
- Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan
- Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
Bagi anda yang terlepas untuk menonton pebentangan Belanjawan 2024 ini anda boleh tonton di saluran berikut:
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan satu bantuan dibawah kerajaan yang diberikan kepada golongan tidak berkemampuan atau golongan B40 yang memenuhi kelayakan bagi membantu mengubah kehidupan mereka.
Sumbangan ini sentiasa ditambah baik bagi memastikan taraf kehidupan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan, dan pada Belanjawan 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan penambahbaikan yang dilakukan pada STR 2024.
Penambahbaikan tersebut adalah dari segi kadar sumbangan dimana kadar sumbangan telah dinaikkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Bayaran pertama STR 2024 untuk isi rumah yang biasanya maksimum RM300 juga akan dinaikkan kepada RM500 pada tahun hadapan.
Melalui Belanjawan 2024 ini, kerajaan juga memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada 200,000 kepada 700,000 penerima selain memanjangkan tempoh bayaran iaitu RM100 sebulan bagi tempoh 12 bulan berbanding hanya enam bulan sebelum ini.
Tarikh Permohonan
Bagi golongan yang berkelayakan untuk melakukan permohonan STR 2024 ini anda boleh melakukan permohonan bermula 1 November 2023 ini.
Permohonan kali ini juga di buka sepanjang tahun, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang hanya dibuka setahun sekali. Oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk membuat permohonan.
Cara Kemaskini & Permohonan Baru 1 November 2023
Bagi anda yang ingin melakukan permohonan STR 2024 ini, anda boleh mula melakukan permohonan bermula 1 November 2024 ini. Berikut kami kongsikan kepada anda cara melakukan kemaskini maklumat permohonan dan cara melakukan permohonan baru:
- Cara Kemaskini Permohonan
- Layari laman web MySTR
- Log masuk menggunakan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Klik pada bahagian kemaskini permohonan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Lakukan pengesahan dan tekan butang hantar.
- Cara Permohonan Baru
- Layari laman web MySTR
- Masukkan nombor Mykad pada ruangan permohonan baru seperti yang tertera pada gambar di bawah ini.
- Kemudian klik butang permohonan baharu STR 2024
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan
- Lakukan pengesahan dan tekan butang hantar.
Tarikh Pembayaran STR 2024
Bagi anda yang telah membuat permohonan untuk STR 2024 ini dan berjaya dalam permohonan anda, tarikh pembayaran masih belum diumumkan, namun, ia dijangka akan diberi pada bulan Ramadan (Februari) tahun hadapan.
Kadar STR 2024
Berikut merupakan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang bakal diperoleh oleh penerima bantuan ini:
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM1,000 : 0 anak
- RM1,500 : 1 – 2 anak
- RM2,000 : 3 – 4 anak
- RM2,500 : 5 anak atau lebih
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM500 : 0 anak
- RM750 : 1 – 2 anak
- RM1,000 : 3 – 4 anak
- RM1,250 : 5 anak atau lebih
- Warga Emas Bujang
- RM600
- Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
Kaedah Pembayaran STR 2024
Bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024, pembayaran akan dilakukan melalui dua cara iaitu:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
- Tunai di Kaunter BSN
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
- Status pengkreditan gagal kredit; atau
- Tiada Maklumat akaun bank
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan STR 2024 dan Belanjawan 2024 boleh dapatkan di Portal Rasmi Kementerian Kewangan atau anda boleh baca FAQ di bawah:
Anda juga boleh merujuk artikel di bawah: