Menurut laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pengagihan wang bagi fasa 4 akan bermula pada bulan November 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang STR bagi fasa keempat untuk makluman bersama.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan STR bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan.
Perkara ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan terdahulu yang telah ditambahbaik oleh kerajaan Perpaduan, bagi meringankan beban masyarakat B40 di Malaysia.
Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Pembayaran bantuan STR ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion kepada tiga kategori penerima iaitu:
- Isi rumah dari golongan B40;
- Golongan Bujang B40, dan;
- Warga emas yang tiada pasangan.
Bantuan STR ini diagihkan mengikut fasa iaitu dari STR Fasa 1 sehingga STR Fasa 4.
Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
Bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 ini, berikut merupakan penerangan LHDN berkenaan tarikh pembayaran STR Fasa 4 ini:
- Bayaran Fasa 4 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus pada 7 November 2023 sehingga 9 November 2023
- Manakala, bagi penerima yang lulus tetapi tiada akaun bank (termasuk Sabah & Sarawak), tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023
- Semakan status rayuan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR mulai 7 November 2023
Proses Pembayaran STR Fasa 4
Proses pembayaran STR Fasa 4 ini akan dikreditkan seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
Semakan Status Pembayaran
Semakan status pembayaran STR Fasa 4 ini, boleh dibuat menerusi laman web MySTR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Jika layak maklumat pembayaran Fasa 4 akan terpapar.
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 4
- Klik maklumat pembayaran.
Jumlah Pembayaran STR Fasa 4
Jumlah bagi pembayaran STR Fasa 4 yang bakal diberikan pada November 2023 boleh dilihat dalam jadual di bawah:
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah | ≤ RM2500 | 0 | RM200 |
1-2 | RM600 | ||
3-4 | RM900 | ||
5 dan lebih | RM1200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah | RM2500 – RM5000 | 0 | RM0 |
1-2 | RM0 | ||
3-4 | RM300 | ||
5 dan lebih | RM500 |
ii) Kategori Warga Emas (60 tahun ke atas)
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Warga Emas Sebatang Kara | ≤ RM5000 | 0 | RM200 |
iii) Kategori Bujang
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang (21-59 tahun) | ≤ RM2500 | 0 | RM0 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang OKU (19-59 tahun) | ≤ RM2500 | 0 | RM0 |
Soalan Lazim
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Baca juga: