Advertisements

BKM 2022: Tarikh Kemas Kini Maklumat Asas Permohonan Lulus

Advertisements

Orang ramai yang telah memohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dan diluluskan, mereka dibenarkan untuk membuat kemas kini maklumat asas bermula 12 September 2022.

BKM ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.

Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Kemas Kini

Orang ramai boleh membuat kemas kini maklumat asas bermula 12 September 2022 sehingga 29 September 2022.

Kategori Penerima

Kategori penerima untuk pembayaran BKM ini adalah seperti berikut:

Proses Pembayaran

Proses pembayaran BKM ini akan dikreditkan secara terus kepada akaun penerima pada tarikh yang ditetapkan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh mengambil bantuan ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kemas Kini Maklumat Asas

Maklumat yang boleh dikemas kini bagi permohonan lulus adalah seperti berikut:

  • Nombor Telefon Rumah
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Alamat e-Mel
  • Nama dan Nombor

Kaedah Kemas Kini Maklumat Asas

Kemas kini maklumat asas boleh dilakukan menerusi 2 kaedah iaitu:

i) Secara Dalam Talian

Kemas kini boleh dilakukan menerusi dalam talian iaitu https://bkm.hasil.gov.my.

ii) Secara Manual

Borang kemas kini maklumat secara manual boleh didapati melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-02%20(Borang%20Kemas%20Kini%20Maklumat%20Permohonan%20BKM).pdf.

Borang tersebut perlu dihantar ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Walau bagaimanapun, orang ramai digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat asas secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemas kini maklumat asas BKM 2022, sila layari laman web https://bkm.hasil.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.