Advertisements

ESH Pelajar Dalam & Luar Negara Tajaan MARA Dinaikkan

Advertisements

Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sama ada dalam atau luar negara, mereka kini mendapat berita gembira apabila Elaun Sara Hidup (ESH) mereka bakal dinaikkan tidak lama lagi.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap di majlis Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Feisol Hassan-Halle German Malaysian Institute hari ini.

Beliau menyatakan kenaikan kadar ESH ini akan memberikan manfaat kepada 62,998 pelajar tajaan MARA di dalam dan luar negara.

Kenaikan ini membuktikan keperihatinan kerajaan dan MARA yang serius dalam agenda pemerkasaan Bumiputera terutama kepada pelajar akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara

Rasional Kenaikan

Perdana Menteri menyatakan kenaikan kadar ESH ini wajar selepas kadar elaun sedia ada telah diguna pakai sejak lebih 13 tahun dan terdapat keperluan untuk disemak semula.

Semakan semula itu adalah susulan peningkatan kos sara hidup dalam negara sejak 10 tahun lalu, yang diburukkan lagi oleh pandemik dan isu-isu lain yang melanda dunia.

Kadar Kenaikan

Untuk pelajar dalam negara, pelaksanaan kadar ESH baharu bagi dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan untuk bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Untuk pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/998560/kadar-elaun-sara-hidup-pelajar-tajaan-mara-dinaikkan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.