Advertisements

Program Saringan Awal Percuma Kanak-Kanak Negeri Selangor

Kanak-kanak di Negeri Selangor yang tidak pernah melalui sebarang saringan/rujukan dari doktor pakar adalah dialu-alukan untuk menjalani Program Saringan Awal oleh pihak Anak Istimewa Selangor (ANIS).

ANIS merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan agar dapat memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor melalui pemberdayaan anak-anak istimewa, ibu bapa dan penjaga dan para pendidik yang lebih mampan.

Pelbagai bantuan disalurkan menerusi ANIS dan Program Saringan Awal adalah salah satu inisiatif yang diperkenalkan untuk kanak-kanak di Negeri Selangor.

Tujuan Utama

Tujuan utama saringan awal ini dijalankan adalah untuk membantu ibu bapa mengenal pasti tahap perkembangan anak mereka.

Rumusan laporan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai bidang seperti ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’, dan doktor pakar akan diberikan kepada ibu bapa bagi merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upaya dan tindakan selanjutnya.

Kos Saringan Awal

Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kos saringan awal ini adalah percuma bagi saringan selama 2 jam.

Cara Memohon

Permohonan saringan awal ini boleh dibuat menerusi cara permohonan berikut:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/daftarsaringan.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Find.’
  3. Jika tiada rekod, klik butang ‘Klik Di Sini Untuk Teruskan Pendaftaran.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan sehingga selesai.
  5. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  6. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  7. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:

    Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
    Tingkat G Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
    40200 Shah Alam, Selangor

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Saringan Awal, sila layari laman web https://www.anisselangor.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.