Advertisements

Permohonan Bantuan Didik ANIS Fasa 2 Negeri Selangor Telah Dibuka

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Bantuan Didik Anak Istimewa Selangor (ANIS) bagi Fasa 2 telah dibuka.

Bantuan Didik ANIS ini terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

Peruntukan Bantuan Didik ANIS ini diberikan secara one-off kepada pemohon.

Bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan bantuan Didik ANIS, sila buat permohonan secara dalam talian di laman web ANIS.

Baca juga : Bantuan Khas Ibu Tunggal Negeri Melaka 2022 (One-Off)

Objektif Utama

Objektif Utama Didik ANIS adalah:

  1. Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor.
  2. Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut
  3. Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima Early Intervention Programme (EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.

Tempoh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran telah dibuka bermula dari 1 Ogos 2022 hingga 12 Ogos 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan ini seperti:

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

Panduan Permohonan

Ikuti langkah-langkah permohonan yang dikongsikan di bawah ini:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/didikanis
  2. Sila muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:

    Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
    Tingkat G Bangunan IDCC,
    Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
    40200 Shah Alam, Selangor

Dokumen Sokongan

Berikut adalah dokomen sokongan yang perlu dilampirkan bersama dengan borang permohonan seperti:

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Senarai nama dan sijil petugas Institusi.
  4. Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.

Info Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Didik ANIS Fasa 2, sila hubungi Hotline ANIS di talian 03-55453170.

Baca juga : iBAKIPT Fasa 2- Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Anak Kedah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements