Advertisements

Smart Sewa Selangor: Program Menyewa Sambil Membeli Rumah

Untuk rakyat Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana, anda kini boleh menyewa dan memiliki rumah di Selangor melalui skim Smart Sewa Selangor yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk maklman, Smart Sewa Selangor ialah skim yang menawarkan sewaan rumah kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan 30% daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian Rumah Selangorku.

Skim ini akhirnya akan membolehkan golongan rendah dan sederhana di Selangor mampu memiliki rumah sendiri melalui Smart Sewa Selangor ini.

Tempoh Penyewaan

Bagi pemohon yang layak bagi mendapatkan Smart Sewa Selangor, tempoh penyewaan adalah seperti berikut:

  • Minimum: 2 tahun
  • Maksimum: 5 tahun

Deposit penyewaan adalah:

  • Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

Lokasi Rumah Smart Sewa Selangor

Umumnya, pelaksanaan Smart Sewa Selangor ditawarkan di seluruh daerah di Negeri Selangor.

Lokasi rumah yang ditawarkan melalui Smart Sewa Selangor ini boleh disemak melalui link iaitu http://phssb.com/skim-smart-sewa/.

Syarat Permohonan

Bagi pemohon yang ingin memohon Smart Sewa Selangor ini, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon.
  2. Pemohon berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
  3. Pendapatan seisi keluarga pemohon mestilah:
    – Tidak melebihi RM5,000 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah.
    – Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah.
  4. Pemohon atau suami atau isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa yang dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Sila Muat turun borang permohonan di link http://phssb.com/borang/
  2. Isi borang dengan dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Scan dan email borang permohonan serta dokumen ke [email protected].

Pemohon juga boleh mengambil borang permohonan di pejabat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd iaitu:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Sokongan

Berikut dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan Smart Sewa Selangor iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah/surat pendaftaran perkahwinan/surat cerai
  3. Salinan sijil kelahiran (MyKad/MyKid) anak
  4. Salinan MyKad/MyKid tanggungan (selain anak)
  5. Penyata Gaji 3 bulan terkini
  6. Salinan KWSP
  7. Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  8. Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  9. Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  10. Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  11. Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  12. Salinan Daftar Undi

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd ditalian:

  • Pejabat : 03-5524 0233/0253/019-3330976
  • Cik Rosha : 017-9777204
  • Pn Fatehah: 017-9387537
  • Pn Ros : 017-4163990
  • En Fawie : 011-13020487
  • En Afizie : 019-4406828

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.