Advertisements

BPR 2021: Kemaskini & Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat

Dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi, Menteri Kewangan telah mengumumkan BSH kini digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:

Isi rumah berpendapatan <RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi rumah berpendapatan RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

Bujang berpendapatan <RM2,500

  • 21 tahun ke atas RM350

KWSP turut membenarkan pengeluaran akaun 1 RM500 setiap bulan di samping RM500 dari akaun 2 i-Lestari.

Permohonan BPR

Menurut sumber, pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Terkini portal rasmi BPR sudah boleh diakses di https://bpr.hasil.gov.my untuk kemaskini atau permohonan baru bermula 15 Januari sehingga tarikh tutup 15 Februari.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.

Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.

Syarat Kelayakan

Berikut syarat kelayakan bagi memohon Bantuan Prihatin Rakyat:

Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Info lanjut tentang BPR 2021 boleh terus ke Telegram https://t.me/bpr2021

Soalan Lazim

Siapa yang perlu kemaskini BPR 2021?

Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini tanpa perlu membuat permohonan baru.

Bilakah permohonan baru akan dibuka?

Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Apakah URL rasmi portal BPR?

https://bpr.hasil.gov.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.