Advertisements

Permohonan JUMPER PUNB 2021: Elaun RM1,200 & Geran RM10,000

Bagi anda yang ingin menjadi usahawan muda yang berjaya, kini anda boleh menyertai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB bagi pengambilan Mac 2021 yang dikendalikan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Untuk makluman, PUNB adalah syarikat yang ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan sejak 2019, PUNB telah disenaraikan sebagai syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Objektif utama penubuhan PUNB adalah meningkat kualiti usahawan bumiputera dan menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.

Oleh itu, program JUMPER ‘Start Up’ PUNB diwujudkan untuk menyediakan platform latihan dan bimbingan kepada usahawan muda dalam bidang perniagaan.

Permohonan bagi menyertai program ini telah dibuka dan akan ditutup pada 17 Januari 2021.

Manfaat Menyertai JUMPER ‘Start Up’ PUNB

Antara manfaat bagi anda yang terpilih untuk menyertai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB ini adalah:

  1. Para usahawan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM1,200.
  2. Para usahawan yang terpilih akan menyertai program ini selama 8 bulan dengan berkonsepkan Latihan Sangkut.
  3. Para usahawan akan diberikan latihan dan modul secara percuma.
  4. Para usahawan akan mendapat latihan daripada mentor yang berpengalaman daripada pelbagai industri.
  5. Para usahawan berpeluang mendapatkan geran berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000 bagi memulakan perniagaan.

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat untuk menyertai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon ialah bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.
  2. Pemohon adalah pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
  3. Pemohon mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam apa jua industri.
  4. Keutamaan permohonan diberikan kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan.
  5. Pemohon sanggup menjalani latihan sepenuh masa.

Cara Memohon

Untuk memohon program JUMPER ‘Start Up’ PUNB ini, ikuti langkah-langkah mudah iaitu

  1. Imbas atau scan QR Code di bawah; atau

2. Layari laman web https://e-borang.punb.com.my/.
3. Isi maklumat dengan betul dan lengkap.
4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
5. Hantar permohonan yang telah dilakukan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program JUMPER ‘Start Up’ PUNB, sila hubungi pegawai PUNB berikut:

  • Amirul: 03-2785 1417
  • Raha: 03-2785 1413
  • Aina: 03-2785 1908
  • Nazlina: 03-2785 1477

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.