Advertisements

Semakan BPN 2.0 Fasa 2: Jumlah & Tarikh Bayaran 21 Januari 2021

Kerajaan hari ini telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0.

Semakan BPN 2.0 kini boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my

Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini.

Terkini, bayaran fasa kedua akan dibuat pada 21 Januari ini untuk B40 dan 25 Januari untuk M40.

Bagi yang tidak layak dan ingin memohon, anda boleh membuat permohonan baru bermula 15 Oktober 2020.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021.

Untuk permohonan baharu, anda boleh rujuk artikel ini.

Kadar Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Kadar bantuan adalah seperti berikut:

  • RM1,000 untuk B40
  • RM500 untuk B40 bujang
  • RM600 untuk M40
  • RM300 untuk M40 bujang

Bagi kategori B40, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala baki RM300 pada Januari 2021.

Sila rujuk jadual pembayaran rasmi di bawah:

Pembayaran adalah berdasarkan kaedah pembayaran terakhir sebelum ini.

Bagi yang tiada akaun bank atau status GAGAL KREDIT, anda perlu membuat tuntutan tunai di cawangan BSN berhampiran.

Dan bagi penerima kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, pembayaran akan dibuat secara tunai bermula Januari 2021.

Tiada sebarang kemaskini maklumat akaun dibenarkan ketika ini.

Tuntutan tunai ini hanya boleh dibuat setelah nombor siri wujud pada paparan semakan BPN 2.0 di https://bpn.hasil.gov.my/

Semakan BPN 2.0

semakan bpn baru

Semakan status hanya boleh dibuat bermula 15 Oktober nanti.

Sekiranya terlupa kata laluan, anda diminta untuk untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Melalui BPN 2.0, kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dana tambahan kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

bpn 2.0

Tiada permohonan baru perlu dibuat sekiranya anda pernah menerima BPN sebelum ini.

Namun bagi anda yang cukup syarat kelayakan tetapi masih belum menerima BPN, rayuan dan permohonan baru akan dibuka nanti.

Selain BPN 2.0, kerajaan turut mengumumkan lanjutan Program Subsidi Upah dan Geran Khas Prihatin bagi meringankan beban para pekerja dan majikan yang terkesan akibat COVID-19.

Permohonan Baharu

Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober 2020 sehingga tarikh tutup 15 November (sebulan).

Namun bagi anda yang tidak mahir mengisi borang online, anda boleh menghantar permohonan secara manual dengan memuat turun borang permohonan BPN 2.0 di sini.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran.

Tarikh semakan kelulusan permohonan baru akan dimaklumkan kelak.

Tarikh Pembayaran

Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat bermula 26 Oktober secara berperingkat.

Pembayaran fasa kedua dijangka pada penghujung Januari 2021 selepas pembayaran pengeluaran i-Sinar KWSP.

Soalan Lazim

Apa itu BPN 2.0?

BPN baru ini merupakan bantuan tambahan untuk B40 dan M40 termasuk bujang.

Bilakah pembayaran akan dibuat?

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua ansurans iaitu bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagaimana untuk semak status kelulusan BPN?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi bpn.hasil.gov.my bermula 15 Oktober nanti.

Bolehkah saya memohon rayuan semula sekiranya layak?

Rayuan / proses permohonan baru akan dibuka 15 Oktober kepada semua yang layak.

Saya merupakan pasangan yang layak dan telah bercerai, bagaimana?

Anda boleh membuat permohonan baru pada tarikh yang telah dinyatakan.

Teks penuh ucapan PM boleh dimuat turut di sini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.