Advertisements

Permohonan Baru GKP Dibuka (Geran Khas Prihatin)

Semakan GKP kini dibuka!

Sebanyak 642,976 permohonan Geran Khas Prihatin diterima sejak dibuka awal Mei lalu.

LHDNM dalam satu kenyatan media memaklumkan sebanyak 488,857 (76 peratus) permohonan telah diluluskan manakala 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi.

Manakala baki 72,859 (11.3 peratus) permohonan ditolak.

Kemaskini: Permohonan GKP 2.0 di bawah skim Kita Prihatin terbaru kini dibuka semula. Info lanjut boleh dibaca di sini.

Semakan GKP

Semakan GKP boleh dibuat melalui portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my

Bagi permohonan yang lulus, pembayaran akan dibuat terus ke akaun masing-masing bermula 15 Jun 2020.

Bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun 2020 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun 2020.

Manakala bagi permohonan yang gagal, anda berpeluang membuat rayuan mulai 3 Jun sehingga 15 Jun ini melalui portal rasmi GKP.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.

Tentang GKP

Bagi anda yang memiliki SSM dan gagal dalam permohonan BPN, anda boleh memohon bantuan RM3,000 Geran Khas Prihatin atau GKP.

Bantuan ini akan diberikan secara one-off kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meringankan beban kewangan terjejas akibat COVID-19.

Permohonan telah pun dibuka bermula 1 Mei lepas dan akan ditutup 15 Mei 2020.

Keputusan permohonan boleh disemak bermula Jun nanti.

Sekiranya SSM anda telah tamat tempoh, sila rujuk artikel “Cara Daftar / Renew SSM Online”.

Syarat Kelayakan

semakan gkp

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi memohon bantuan GKP.

Antaranya:

  • Warganegara Malaysia
  • Jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
  • Pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Disember 2019
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF

Permohonan Geran Khas Prihatin

Permohonan Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara online melalui portal khas https://gkp.hasil.gov.my

Perlu diingatkan tarikh akhir permohonan adalah pada 15 Mei 2020.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Keputusan permohonan akan dibuat pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Tarikh pembayaran GKP berkemungkinan akan dibuat pada bulan Jun (tarikh rasmi akan dikemaskini).

Sekiranya anda telah berdaftar dengan SSM namun belum mendaftar dengan LHDNM, anda masih layak memohon bantuan ini.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Soalan Lazim

Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.