bpn dalam proses

BPN Dalam Proses? Status Bertukar Tidak Layak? Sila Rujuk Di Sini

Ramai keliru bila mana portal Bantuan Sara Hidup memaparkan status BPN Dalam Proses.

Mereka tak pasti sama ada permohonan baru lulus atau pun tidak.

Sekiranya permohonan anda GAGAL atas alasan SSM, anda boleh mohon Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000.

Jadi bagi menjawab persoalan tersebut, kami telah merujuk FAQ yang terdapat di portal BPN.

Kami juga akan menjawab kenapa status BPN anda bertukar kepada tidak layak untuk fasa kedua ini.

Untuk makluman, pembayaran fasa 2 telah bermula sejak 4 Mei lepas.

Tempoh pembayaran berbeza mengikut kategori.

B40 akan menerima pembayaran bermula 4 hingga 13 Mei manakala M40 akan menerima bayaran bermula 13 hingga 15 Mei 2020.

Bagi permohonan baru / rayuan, pembayaran akan dibuat bermula 15 hingga 20 Mei nanti.

Maksud BPN Dalam Proses

Jadi bagi anda yang membuat semakan dan mendapati status permohonan anda masih dalam proses, jangan khuatir kerana permohonan anda telah berjaya dihantar dan kini sedang dalam proses semakan lanjut oleh LHDNM.

Status Bertukar Tidak Layak

Dan terdapat juga penerima BPN lepas yang memaklumkan status permohonan mereka bertukar dari layak kepada tidak layak.

Berikut alasan yang kami ambil dari portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Alasan Tidak Layak:

  • Duplikasi permohonan — Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat — Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan — Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan.
  • Menetap luar negara — Pemohon berada di luar negara.

Soalan Lazim

Saya berstatus bujang tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal. Berapakahkelayakan BPN saya?

Jika anda bertatus bujang dan tiada sumber pendapatan penggajian tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal sahaja, kelayakan BPN anda adalah sebanyak RM500.

Saya merupakan penerima BPN M40 yang belum menerima bayaran dan ingin membuat kemaskini maklumat akaun bank di e-Kemaskini. Walau bagaimanapun, saya gagal untuk mendapatkan No Pin e-Filing. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN saya?

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara penunaian di kaunter BSN mulai 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

Untuk info lanjut anda dinasihatkan untuk merujuka portal rasmi BPN di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.