rayuan bpn

Rayuan BPN Kali Ke-2: Proses Isi Semula Bantuan Prihatin Nasional

Pembayaran BPN fasa 2 akan dibuat bermula 4 Mei 2020 (Isnin).

Proses rayuan BPN kali ke-2 pula akan dibuka semula pada 11 Mei nanti.

Tarikh akhir permohonan rayuan adalah pada 31 Mei 2020.

Rayuan boleh dibuat dengan menghantar dokumen ke cawangan LHDNM atau emel ke [email protected]

Mana-mana penerima fasa sebelum ini, anda boleh semak akaun masing-masing bermula tarikh yang dinyatakan.

Bayaran ini termasuklah untuk golongan B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.

Sekiranya status permohonan anda GAGAL atas alasan SSM, anda boleh cuba mohon Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000.

Pada tarikh yang sama, pembayaran pengeluaran i-Lestari sebanyak RM500 akan dibuat.

Bagi yang belum tahu, ASB juga membolehkan pelabur mengeluarkan duit ASB secara online melalui portal MyASNB.

Dan bagi ketua rumah, pastikan anda tidak lupa untuk membayar zakat fitrah secara online di portal zakat negeri masing-masing.

Kemaskini: Rayuan BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020 bagi memberi peluang kepada mereka yang GAGAL dalam permohonan sebelum ini.

BPN Fasa 2

BPN fasa 1 dulu melibatkan 7.74 juta penerima berjumlah RM5.47 bilion.

Permohonan baru / rayuan juga telah dibuka sebelum ini sehingga tarikh tutup 30 April lepas.

Kementerian Kewangan memaklumkan sebanyak 2.96 juta permohonan baru dan 305,000 rayuan telah diterima.

Tempoh bayaran BPN fasa 2 akan bermula dari 4 hingga 13 Mei bagi penerima B40.

Manakala 13 hingga 15 Mei bagi penerima M40.

Jumlah bantuan seperti di bawah:

bpn fasa 2

Pembayaran BPN bagi Permohonan Baharu dan Rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 hingga 20 Mei 2020.

Dan bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara penunaian di kaunter BSN mulai 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

Status Tidak Layak

Dan terdapat beberapa laporan mendapati status BPN mereka telah bertukar dari layak kepada tidak layak.

Berikut alasan yang kami ambil dari portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Alasan Tidak Layak:

  • Duplikasi permohonan — Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat — Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan — Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan.
  • Menetap luar negara — Pemohon berada di luar negara.

Bagi yang layak fasa 1 dan tidak layak fasa 2, anda masih boleh menunaikan baucer BPN fasa 1 di BSN (bagi yan tiada akaun bank).

Rayuan BPN

Permohonan baru / rayuan BPN telah pun ditutup sebelum ini.

Namun disebabkan ramai mengeluh tidak layak BPN, jadi PM telah memaklumkan permohonan rayuan dibuka semula pada 11 Mei hingga tarikh tutup 31 Mei 2020.

Permohonan rayuan ini boleh dibuat semula melalui portal rasmi BPN atau melalui emel atau di kaunter-kaunter LHDNM berhampiran anda.

Namun tarikh semakan status rayuan dan tarikh pengkreditan BPN bagi permohonan rayuan belum dimuktamadkan.

Kemungkinan besar ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Jun iaitu sebulan awal dari tarikh BSH Julai.

Apa pun kami akan sentiasa kemaskini artikel ini dari semasa ke semasa.

Soalan Lazim

Bilakah boleh memohon rayuan BPN?

Permohonan akan dibuka semula pada 11 Mei hingga tarikh tutup 31 Mei 2020.

Bagaimana untuk membuat permohonan?

Permohonan rayuan BPN boleh dibuat secara online di portal rasmi BPN atau melalui emel atau di kaunter-kaunter LHDNM berhampiran.

Berapakah jumlah BPN yang layak saya dapat?

Ianya bergantung kepada kategori anda sama ada B40 atau M40. Sila rujuk jadual pembayaran di atas.

Sebagai pemilik SSM, bolehkah saya memohon BPN?

Ya boleh. Permohonan anda akan dinilai semula bergantung kepada syarat kelayakan terkini.

Untuk info lanjut, anda boleh layari portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.