Advertisements

Permohonan Pengeluaran ASB Online Melalui MyASNB

Wow! ASB hari ini membolehkan pelabur untuk membuat permohonan pengeluaran ASB online melalui portal MyASNB.

Namun had maksimum pengeluaran hanyalah RM500 sebulan.

Manakala jumlah minimum untuk sekali pengeluaran sebanyak RM100.

Hanya tiga kali pengeluaran dibenarkan dalam tempoh sebulan.

Info lanjut kami kongsikan di bawah. Pastikan anda share artikel ini di Facebook / Telegram / WhatsApp untuk kebaikan bersama.

Pengeluaran ASB Online

Jika sebelum ini ASB hanya membolehkan pelabur menambah jumlah pelaburan secara online.

Tiada sebarang caj dikenakan.

Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.

Waktu urusniaga sama seperti biasa:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad* 
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*

Wang akan dimasukkan ke akaun pada hari berikutnya.

Hanya pengguna yang berdaftar di MyASNB sahaja boleh menggunakan kemudahan ini.

Untuk cara mendaftar MyASNB, sila rujuk artikel ini.

Berikut adalah tutorial cara-cara membuat pengeluaran tersebut.

pengeluaran asb

1. Sila log in ke akaun MyASB anda di www.myasnb.com.my

2. Kemudian klik Portfolio dan klik pada Transaksi yang dikehendaki. Pilih Jualan Balik.

3. Pastikan maklumat bank anda betul supaya melancarkan proses pengeluaran.

4. Baca dan tandakan kotak pengisytiharan dan klik pada butang Seterusnya.

5. Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan. Minimum RM100 dan maksimum RM500 sebulan. Klik Seterusnya.

6. Semak semula butiran bank anda dan jika betul klik Teruskan.

7. Klik Permintaan TAC dan klik Seterusnya.

8. Masukkan nombor TAC. Tahniah transaksi pengeluaran ASB anda telah berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

Melabur dalam unit amanah sepatutnya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya pelabur dapat mengembangkan modal pelaburan mereka, Namun ASNB juga memahami bahawa pelabur memerlukan sumber kewangan pada waktu memerlukan.

Sehubungan itu had pengeluaran maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.

ASNB akan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa terutamanya dalam keadaan yang sukar, namun pada masa yang sama kami komited untuk membantu mereka mencapai matlamat pelaburan yang diinginkan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.