Berikut dikongsikan harga minyak terkini sepanjang tahun 2020.
Data ini berdasarkan harga semasa Petrol RON95, RON97 dan Diesel yang dikemaskini setiap minggu oleh KPDNHEP.
Turut dikongsikan harga minyak dunia yang dikemaskini setiap hari.
Harga Minyak Terkini
[table id=9 /]
Minggu: 4 – 10 April 2020
Terkini harga minyak turun menjunam lagi.
Harga RON95 dan RON97 masing-masing turun 8 sen kepada RM1.30 seliter dan RM1.60 seliter.
Diesel pula turun 10 sen kepada RM1.58 seliter.
Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.
Kerajaan telah mengumumkan penurunan harga petrol RON95 sebanyak 19 sen, RON97 21 sen dan diesel dikurangkan 17 sen mulai 7 hingga 13 Mac ini.
Harga RON95 dikurangkan daripada RM2.08 kepada RM1.89, RON97 daripada RM2.40 kepada RM2.19 dan diesel daripada RM2.13 kepada RM1.96 seliter.
Ia antara penurunan paling banyak sejak Kementerian Kewangan mengumumkan penetapan harga siling RON95 dan diesel pada kadar RM2.08 serta RM2.18 seliter pada 27 Feb 2019 dan pertukaran kerajaan pada minggu lalu.
Harga Minyak Semasa Dunia
Berdasarkan laporan terkini, harga minyak mentah jatuh 30% kepada USD 30 setong.
Ianya merupakan kejatuhan terbesar dalam sehari sejak Perang Teluk pada 1991.
Kejatuhan itu berlaku selepas Arab Saudi dan Rusia serta negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu pemotongan bekalan.
Arab Saudi memulakan perang harga terhadap Rusia dengan mengurangkan harga jualan dan berikrar untuk melepaskan bekalan stok minyaknya secara besar-besaran ke dalam pasaran yang kini jatuh akibat wabak COVID-19.
Dan berkemungkinan harga turun kepada USD 20 setong.
Jika ini berlaku, rakyat Malaysia mungkin dapat merasa harga RON95 RM1.32 seliter tanpa subsidi petrol.
Perbezaan RON95 vs RON97
Memandangkan harga RON97 makin mampu milik, maka ramailah yang nak “cuci enjin” dengan RON97.
Namun ada yang masih takut dengan mitos enjin kecil seperti Perodua Axia tak boleh gunakan RON97 takut enjin rosak!
Betul ke?
Sebenarnya Paultan dah pun menjawab dengan panjang lebar tentang mitos RON95 vs RON97 dalam video di bawah ni:
Penetapan Harga Petrol Mingguan
Pengguna seharusnya berterima kasih kepada kerajaan kerana mekanisme harga minyak secara mingguan ini lebih banyak memberi keuntungan kepada pengguna kerana harga minyak di pam lebih stabil dan mengikut harga sebenar di pasaran.
Sebelum itu untuk pengetahuan semua, turun naik harga minyak di negara ini bergantung kepada dua perkara iaitu harga minyak mentah dunia dan juga kadar tukaran mata wang kita.
Sebelum ini kita buat secara bulanan, harga yang pengusaha stesen minyak jual di pam adalah harga purata bulan lepas. Jadi ini tidak sesuai dan kemudian kerajaan mengubah mekanisme bulan ke minggu kerana ia akan dapat harga purata minggu yang lepas dengan lebih tepat. Maksudnya harga minyak yang dijual di pam hari ini adalah harga purata minyak minggu sebelumnya.
Ini seterusnya akan menyebabkan harga di pam lebih stabil, tidak ada kenaikan melampau dan jika pengusaha buat kajian sejak mekanisme ini ditetapkan kenaikan purata paling tinggi hanyalah lingkungan bawah 10 sen sahaja.