Advertisements

Harga Kereta Axia 2020: Gaji Minimum & Kiraan Jumlah Ansuran Bulanan

Berminat nak pakai Perodua Axia baru?

Berikut dikongsikan harga kereta Axia 2020 termasuk gaji minimum untuk melayakkan anda dapat pinjaman bank.

Terkini, harga kereta Perodua kini diturunkan sehingga RM4.7k selepas kerajaan mengumumkan pengecualian cukai kereta 100% untuk CKD dan 50% untuk CBU.

harga perodua
Sumber: Paultan.org

Jika mengikut pakar kewangan, anda dinasihatkan untuk membeli kereta yang harganya bersamaan setahun gaji.

Contohnya jika gaji anda RM1,800 sebulan, maka kereta yang berharga RM21,600 adalah paling sesuai.

Namun tidak salah untuk membeli kereta Axia atau Proton X50 sekiranya kereta itu menjadi keperluan terutama bila sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Baca juga: Semak Harga Perodua Bezza 2020 Baru

Cuma anda perlu rancang kewangan dengan betul supaya anda mampu untuk menampung kos ansuran bulanan Axia termasuk kos memperbaharui roadtax & insurans hujung tahun nanti.

Baca juga: Semakan Harga Minyak Terkini RON95, RON97, Diesel

Perodua Axia Facelift

Terkini Perodua baru sahaja membuka tempahan Perodua Axia 2019 versi facelift.

Varian terbaru ditawarkan pada harga bermula RM24,090 sehingga Axia AV pada harga RM43,190.

Perbezaan setiap varian seperti berikut:

Perodua Axia E 2019 (RM24,090)

  • Enjin: 1KR-VE VVT-i 1.0 liter tiga-silinder, 67 hp dan 91 Nm tork
  • Transmisi: Manual lima-kelajuan
  • Penggunaan minyak: 22.5 km/l
  • Rim: Keluli 14-inci

Perodua Axia G 2019 (RM33,490)

Ditambah:

  • ABS dan EBD
  • Dua pembesar suara di depan
  • Rim aloi 14-inci
  • Penggunaan minyak: 21.6 km/l

Perodua Axia GXtra 2019 (RM34,990)

Ditambah:

  • VSC dengan TRC
  • Cangkuk anti-ragut
  • Sensor bampar depan
  • Sensor undur
  • Ketinggian kerusi boleh laras
  • Cermin sisi elektrik (lipatan automatik)
  • Empat pembesar suara (dua di depan dan dua di belakang)

Perodua Axia SE 2019 (RM38,890)

Ditambah:

  • Filem penapis haba
  • Sistem tanpa kunci dan butang Push Start
  • Gril depan kemasan krom
  • Skirting depan
  • Skirting sisi

Perodua Axia Style 2019 (RM38,890)

Ditambah:

  • Bampar depan, belakang dan gril Style
  • Rim aloi 15-inci

Dikurangkan (berbanding SE/AV)

  • ASA 2.0
  • Filem penapis haba
  • Kamera undur
  • Skirting depan
  • Penggunaan minyak: 20.8 km/l

Perodua Axia AV 2019 (RM43,190)

Ditambah:

  • ASA 2.0
  • Kamera undur

Harga Kereta Axia 2020

harga kereta axia

Harga Perodua Axia bermula dari RM22,900 untuk varian manual. Ansuran bulanan sekitar RM243 untuk tempoh pinjaman 9 tahun.

Manakala untuk varian Axia G (AT) bermula dari harga RM34,390 dengan ansuran bulanan 9 tahun sekitar RM364 sebulan.

Untuk full spec Axia Advanced harganya ialah RM40,390 manakala bayaran bulanan 9 tahun sebanyak RM427 sebulan.

Anda boleh gunakan Loan Calculator yang disediakan oleh Perodua untuk pengiraan jumlah pinjaman & ansuran bulanan kereta Axia.

perodua axia

Ansuran Bulanan Perodua Axia Baru

Kami dapatkan jadual pengiraan yang lebih lengkap daripada salesman untuk memudahkan anda membuat bajet sekiranya berminat untuk membeli Perodua Axia.

[table id=7 /]

Harga mungkin berbeza bergantung kepada kadar faedah bank.

Dan mengikut kata salesman, gaji minimum untuk beli Axia ialah RM1,800 dengan bayaran 10% deposit. Jika tak nak bayar downpayment anda perlukan penjamin.

Yang bergaji RM2,000 ke atas sahaja boleh dapat pinjaman penuh (full loan) tanpa penjamin.

Dan sekiranya berminat anda boleh terus ke mana-mana cawangan Perodua berhampiran untuk booking Perodua Axia baru.

Secara ringkasnya proses pembelian kereta tidaklah rumit sangat.

Anda cuma perlu sediakan beberapa dokumen seperti penyata gaji / sijil SSM dan penyata bank (bagi yang bekerja sendiri).

Kemudian ejen akan uruskan pinjaman bank.

Selesai semuanya anda cuma perlu tandatangan perjanjian pembiayaan dan boleh ambil kereta.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi Perodua.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.