Sejak kejayaan model Proton X70, ramai sudah mula teruja bila tularnya gambar SUV kedua Proton yang bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu Proton X50.
SUV dalam segmen B ini bakal dilancarkan tahun depan bagi bersaing hebat dengan model sedia ada seperti Honda HR-V, Toyota C-HR, Peugeot 2008 dan Subaru XV.
Jika dulu banyak benda negatif diperkatakan, namun kejayaan model X70 banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap Proton.
Ini terbukti apabila Proton merekodkan jualan sebanyak 10,611 unit kenderaan sepanjang Mei 2019 yang juga angka tertinggi dalam tempoh 46 bulan.
Daripada angka tersebut, Proton X70 mencatatkan jualan sebanyak 2,439 unit. Sehingga kini, 13,572 unit Proton X70 sudah diserahkan kepada pelanggan.
Adakah kejayaan X70 bakal diteruskan oleh model X50?
Pelancaran Rasmi X50
Hari ini melalui Facebook rasmi Proton telah tular tiga gambar rasmi Proton X50.
Proton telah melancarkan X50 secara rasmi pada 27 Oktober 2020.
Sebanyak empat varian ditawarkan; Standard, Executive, Premium dan Flagship dimana semuanya bakal dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo dengan tiga silinder.
Berikut antara gambar X50 rasmi yang dikeluarkan oleh Proton sendiri.
Harga Proton X50
Berapakah harga untuk model SUV kedua Proton ini?
MODEL | HARGA |
Flagship | RM103,300 |
Premium | RM93,200 |
Executive | RM84,800 |
Standard | RM79,200 |
Senarai harga X50 belum dikeluarkan memandangkan model ini belum dilancarkan secara rasmi.
Namun jika kita lihat harga Proton X70 dijual serendah RM99,800 jadi anggaran harga X50 semestinya lagi rendah.
Kemungkinan X50 bakal dijual pada harga RM70,000 – RM80,000.
Anda boleh buat kira-kira berapa bayaran bulanan model ini menggunakan loan calculator yang disediakan di portal rasmi Proton.
Memandangkan X50 diadaptasi daripada model Geely Binyue, jom kita tengok video kormesial Geely Binyue.
Baca juga: Cara Check Saman Online
X50 Interior
X50 Exterior
Review Proton X50
Berikut video pandang pertama Geely Binyue 1.5 Turbo dan review X50 dari Paultan.
Geely Binyue telah dilancarkan di China pada November tahun lepas pada harga 78,800 yuan (RM48k, untuk model 1.0 liter) sehingga 118,800 yuan (RM72k).
Info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.