Advertisements

Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES

Boleh ke check saman online?

Jawapannya boleh! Berikut dikongsikan panduan cara semak saman JPJ, Polis Trafik (PDRM) atau AES secara online dan SMS.

Bukan sekadar check saman, anda juga kini boleh membuat pembayaran saman secara online sahaja.

Tak perlu lagi bersesak beratur panjang-panjang di kaunter saman semata-mata untuk bayar 1-2 saman.

Diskaun Bayaran Saman

Terkini PDRM buat julung kalinya akan mengadakan promosi diskaun saman sebanyak 50% secara online.

Jika sebelum ini diskaun 50% hanya ditawarkan di sebahagian IPK, namun kali ini PDRM akan menganjurkannya secara online melalui portal MyEG dan RILEK.

diskaun saman online

Sebelum itu untuk makluman, PDRM sebelum ini ada menyediakan diskaun bayaran saman sehingga 50% sempena Hari Polis.

JPJ pula menyediakan potongan diskaun sehingga 70% sempena ulang tahun JPJ ke-72.

Namun lima kesalahan berikut tidak layak mendapat diskaun, iaitu:

  1. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)
  2. Saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
  3. Saman Berat Dengan Muatan (BDM)
  4. Saman Mahkamah
  5. Saman membabitkan warga asing

Anda boleh terus ke cawangan PDRM / JPJ berhampiran untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang diskaun saman tersebut.

Kemaskini 7 November: Diskaun 50% Saman Trafik Bermula Hari Ini!

Berita baik di mana bersempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan memberi diskaun sehingga 50% bagi saman trafik bermula hari ini hingga 9 November ini dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pembayaran saman boleh dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur dan di  TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada tarikh dan masa yang sama.

Kemaskini 19 Disember 2018: Potongan 50% Bayaran Saman Trafik Di IPD Kubang Pasu

Bersempena Program Bersama Pelanggan di IPD Kubang Pasu, anda boleh membayar saman pada kadar potongan 50% diskaun bermula 19 hingga 20 Disember ini.

Pembayaran boleh dibuat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Namun diskaun berkenaan tidak dikira untuk jenis Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan dan Saman Berkaitan Lori.

Diskaun Saman Sempena Bulan Kemerdekaan

Bersempena dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan potongan sehingga 50 peratus merangkumi pelbagai jenis saman trafik yang layak mendapat pengurangan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata untuk itu, enam kaunter disediakan bagi orang ramai membuat semakan dan bayaran saman yang dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang, pada 3 dan 4 Ogos di Dataran Pahlawan, lokasi pelancaran itu.

Cara Semak Saman Online

Ada tiga cara macam mana nak check saman online.

1 — Semak Saman MyEG

Antara servis yang ditawarkan MyEG termasuklah semak saman JPJ, Polis, AES dan servis memperbaharui insurans kenderaan.

Untuk check saman, caranya:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
  4. Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online

Selain saman, antara servis lain yang ditawarkan MyEG termasuklah servis memperbaharui insurans kenderaan dan pembayaran zakat.

semak saman myeg

2 — Check Saman JPJ & AES

Anda boleh check kesemua saman JPJ termasuk AES di portal rasmi JPJ. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan sahaja. Tidak perlu daftar sebagai pengguna portal.

Caranya:

  1. Layari portal Semakan Saman JPJ (klik sini)
  2. Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  3. Klik butang Semak
  4. Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

Baca: Senarai Penuh Lokasi AES Seluruh Malaysia

Berikut adalah penerangan saman JPJ / AES:

  • JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
  • AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
check saman jpj

Selain itu, anda juga boleh semak nombor plat terkini di portal JPJ.

3 — Semak Saman RILEK

Satu lagi portal yang memudahkan anda check saman online adalah portal RILEK.

RILEK juga banyak menyediakan diskaun saman. Terbaru mereka menyediakan potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui RILEK.

Anda juga boleh semak status insolvensi dan saman DBKL di RILEK. Caranya:

  1. Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  2. Sila daftar sebagai pengguna
  3. Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
  4. Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  5. Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak

RILEK menyediakan pembayaran secara online melalui perbankan Internet termasuk M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

4 — SSO PDRM

PDRM turut menyediakan satu portal khas bagi memudahkan semakan saman. Melalui sistem Sistem Semakan Online (SSO) ini, anda boleh menyemak status saman dan status pengambilan jawatan kosong PDRM terkini.

Layari https://sso.rmp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Semakan Saman SMS

Selain semakan saman online, anda juga boleh semak melalui SMS. Caranya:

Check Saman Polis SMS

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN AKU8055

Atau

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: POLIS SAMAN 860511057812

Semak Saman JPJ SMS

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman 860511057812

Atau

  1. Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
  2. Hantar ke 15888
  3. Contoh: JPJ Saman AKU8055

Rayuan Diskaun Saman

Saya ada banyak saman yang jumlahnya ribuan ringgit. Boleh ke saya buat rayuan saman untuk kurangkan amaun yang perlu dibayar?

Sebelum ini jawapannya boleh. Namun sejak 22 Februari lepas, pihak Polis memaklumkan tiada rayuan diterima sehingga dimaklumkan.

Jadi opsyen terakhir anda untuk kurangkan bayaran saman adalah bayar melalui portal yang menyediakan diskaun sehingga 10% seperti portal RILEK.

Berikut adalah langkah-langkah rayuan diskaun saman PDRM sebelum ini:

  1. Semak saman untuk mengetahui berapa banyak saman dan berapa jumlahnya secara total
  2. Kemudian SAMANCOPS akan membuat semakan kompaun dan memaklumkan berapa diskaun yang layak diterima
  3. Jika bersetuju dengan amaun yang diberitahu anda boleh terus kepada pembayaran
  4. Clearance saman anda akan dibuat dalam masa 24 jam selepas pembayaran
rayuan diskaun saman

Antara rayuan saman yang diterima adalah:

  • Saman BLACKLISTED
  • Saman WARAN
  • Saman SPEEDING
  • Saman NO-PARKING
  • Saman KEMALANGAN
  • Semua saman yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia termasuk Trafik, MPV atau GD

Semoga perkongsian ini dapat meringankan beban anda menyelesaikan hutang saman yang wajib dibayar. Sekiranya bermanfaat, sila kongsikan di Facebook atau WhatsApp.