Antara salah satu inisiatif yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun lalu ialah memperkenalkan pas perjalanan tanpa had My30.
Pas My30 membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang di bawah seliaan Prasarana Berhad seperti MRT, LRT, Monorail, BRT, Bas RapidKL dan Bas Feeder MRT tanpa had setiap hari dengan hanya membayar RM30 sahaja sebulan.
Tujuan pengenalan pas My30 ini adalah untuk mengurangkan kesan COVID-19 terhadap rakyat Malaysia melalui pengurangan kos pengangkutan awam yang perlu dibayar setiap hari.
Pelaksanaan pas My30 diharap mampu memberikan penjimatan yang berganda terutamanya kepada pengguna pengangkutan awam yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari.
Pas My30 hanya boleh dilanggan menerusi MyKad atau MyTentera yang
mempunyai fungsi Touch ‘n Go atau kad konsesi MyRapid bagi individu atau pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah sahaja.
Tempoh pelaksanaan pas My30 adalah bermula daripada 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020.
Syarat Kelayakan Pas My30
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang dikenakan sekiranya pengguna ingin memohon pas perjalanan tanpa had pas My30.
Syarat kelayakan yang telah ditetapkan ialah:
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Memiliki MyKad dan MyTentera yang sah.
- Bagi berumur 12 tahun dan kebawah, mereka boleh menggunakan kad konsesi MyRapid untuk mendapatkan keistimewaan ini.
Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Melanggan Pas My30
Sebelum pengguna melanggan Pas My30, pengguna perlu memastikan cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera berfungsi dengan baik.
Cip Touch ‘n Go pengguna boleh dipastikan berfungsi dengan baik atau tidak melalui langkah-langkah berikut:
- Pengguna perlu membuat tambah nilai di mana-mana pusat tambah nilai Touch ‘n Go seperti stesen minyak, kedai serbaneka, Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, dan sebagainya.
- Jika proses tambah nilai ini berjaya, ini bermakna cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tersebut berfungsi dengan baik.
- Pengguna juga boleh membuat semakan di mana-mana kaunter Touch ‘n Go atau Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL.
Sekiranya cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tidak berfungsi, pengguna perlu ke mana-mana pusat Jabatan Pendaftaran Negara sebelum melanggan pas My30.
Perkara-Perkara Penting Setelah Melanggan Pas My30
Pengguna mungkin menghadapi masalah setelah melanggan pas My30 seperti kerosakan MyKad atau MyTentera rosak dan tidak boleh dibaca selepas melanggan pas My30.
Sekiranya perkara ini berlaku, pengguna perlu membawa MyKad ke pusat Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses penggantian kad baharu.
Pengguna juga boleh menuntut pemulangan baki sekiranya ada di dalam pas My30 terbabit.
Proses pemulangan baki pas My30 boleh dilakukan dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan ke portal kami di https://www.myrapid.com.my/.
Berikut dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pemulangan baki pas My30:
- Nombor MFG MyKad
- Nombor akaun bank
- Nama bank
- Resit langganan pas My30
- Resit bayaran gantian MyKad daripada JPN
- Slip pulangan nilai TNG dari JPN/ Penamatan dari TNG (hanya untuk MyKad)
Pemulangan baki pas My30 tersebut akan ditukar kepada nilai wang ringgit.
Sekiranya MyKad atau MyTentera pelanggan rosak tetapi masih boleh dibaca, baki hari pas My30 yang telah dilanggan akan dipindahkan ke kad generik Touch ‘n Go pelanggan.
Setelah pas My30 tamat tempoh, pelanggan harus memperbaharui pas My30 di dalam MyKad atau MyTentera yang baharu.
Langkah-Langkah Melanggan Pas My30
Bagi individu yang berminat untuk memohon My30 ini boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:
- Pengguna perlu membawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL.
- Pengguna perlu memaklumkan kepada staf khidmat pelanggan Rapid KL tersebut untuk membuat permohonan pas My30.
- Berikan MyKad atau MyTentera untuk pendaftaran dan tambah nilai.
- Pembayaran kali pertama untuk My30 ialah RM40. Sebanyak RM0.50 akan ditolak untuk cas tambah nilai.
- Baki RM9.50 disimpan di dalam sistem Touch ‘n Go pengguna dan baki ini tidak akan ditolak lagi di dalam sistem melainkan pengguna menggunakannya untuk transaksi selain di rangkaian RapidKL seperti di tol, kedai serbaneka, pusat membeli-belah dan sebagainya.
- Pas My30 akan diaktifkan sebaik sahaja pengguna menyentuh pas di pintu masuk rangkaian RapidKL.
- Pengguna perlu sentiasa memastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go.
- Nilai minimum RM5.00 tidak perlu ditambah setiap bulan sekiranya pengguna tidak menggunakan nilai tersebut untuk pembayaran lain.
Pembaharuan Langganan Pas My30
Bagi pembaharuan langganan pas My30 pada bulan-bulan seterusnya, berikut merupakan perkara yang perlu diambil perhatian bagi pengguna yang ingin melakukan pembaharuan pas My30:
- Pembaharuan pas My30 secara automatik boleh dilakukan di kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih.
- Selepas pas berjaya diaktifkan untuk pembaharuan secara otomatik, pengguna boleh menambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai-kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai Touch ‘n Go untuk bulan-bulan seterusnya.
- Pengguna perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 setiap bulan.
Lokasi Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL
Pengguna yang ingin melanggan atau membuat pembaharuan pas My30 boleh pergi ke Kaunter Pelanggan RapidKL di:
- Semua stesen LRT
- Semua stesen MRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Hab bas terpilih:
i) Pasar Seni
ii) Seksyen 2, Shah Alam
iii) Sri Nilam
iv) Greenwood
v) Terminal Kajang
Soalan-Soalan Lazim
Berapa lamakah pas My30 akan berada dipasaran?
Bolehkah saya melanggan pas My30 menggunakan kad Touch ‘n Go?
Apakah tempoh sah pas My30?
Bolehkah pas My30 dipindah milik?
Adakah saya perlu sentiasa memastikan nilai minimum Touch ‘n GO sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau MyTentera?
Bolehkah saya menggunakan pas My30 di rangkaian Rapid Penang atau Rapid Kuantan?
Bolehkah saya menggunakan pas My30 di KTM Komuter atau ERL?
Saya adalah pelanggan (Smart 7/ Smart 30 / My100 / My50). Bolehkah saya melanggan pas My30 dalam pada masa yang sama?
Info Lanjut Mengenai Pas My30
Sebarang maklumat dan info lanjut mengenai pas My30 boleh dirujuk melalui laman web RapidKL iaitu https://www.myrapid.com.my/.