Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian kredit RM50 yang diumumkan sebelum ini hanya kepada anda yang telah memuat turun aplikasi MySejahtera.
MySejahtera merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Premis perniagaan turut digalakkan mendaftar aplikasi ini bagi memudahkan KKM mendapatkan maklumat awal sekiranya berlakunya penularan COVID-19 di kawasan anda.
Download MySejahtera Android & iOS
Berikut langkah-langkah pendaftaran MySejahtera:
Langkah 1: Muat turun dan pasang aplikasi MySejahtera daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2: Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar pengguna baharu
Langkah 3: Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 4: Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar” (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau klik pada pautan dalam emel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 6: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”
Langkah 7: Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
Langkah 8: Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”
Tahniah! Anda berjaya mendaftar sebagai pengguna.
MySejahtera boleh dimuat turun melalui Google Play, Apple Store dan Huawei AppGalery.
Kemudian sila masukkan nombor telefon anda beserta alamat emel yang sah.
Jika tiada emel, anda boleh buat emel baru sepantas 1 minit sahaja di Gmail. Rujuk panduan daftar emel di sini.
Kelebihan
Antara kelebihan aplikasi ini termasuklah:
- Pengimbas Kod QR: Kenalpasti status kesihatan diri
- Pengesan Hotspot: Jejak kawasan Hotspot COVID-19
- Lokasi Fasiliti Saringan: Jejak lokasi fasiliti saringan yang terdekat
- Virtual Heatlh Advisory: Dapatkan nasihat kesihatan secara online
Selain itu, para pengguna boleh mendapatkan maklumat tambahan yang terkini seperti:
- Merokok dan COVID-19
- Nombor Hotline COVID-19
- SOP pembukaan ekonomi
- Situasi semasa COVID-19
MySejahtera Check-In
MySejahtera Check-In merupakan satu fungsi yang dibangunkan bagi memudahkan premis perniagaan mengikuti SOP pembukaan semula ekonomi yang digariskan oleh kerajaan Malaysia.
Sekiranya mana-mana pemilik perniagaan ingin mendaftar MySejahtera Check-In, anda boleh daftar di sini.
Soalan Lazim
Siapakah pembangun aplikasi MySejahtera?
Apakah keperluan minimum peranti untuk download aplikasi ini?
Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan aplikasi ini?
Kerajaan Malaysia memberi jaminan data peribadi anda hanya akan digunakan bagi pemantauan dan pencegahan COVID-19 sahaja.
Segala maklumat tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak lain dan semua maklumat pesakit COVID-19 adalah terpeliharan di bawah kerahsiaan kerajaan.
Jika anda perlukan sebarang bantuan teknikal, anda boleh menghantar emel ke [email protected]