Daftar Gmail: Cara Buat Emel Baru Sepantas 1 Minit

Emel sangat penting dalam dunia digital ini.

Nak mohon kerja atau apa-apa bantuan kerajaan seperti BPN dan BSH pun perlukan emel.

Walaupun anda bukanlah orang yang celik IT, sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana untuk buat emel.

Berikut kami kongsikan cara daftar Gmail iaitu servis emel daripada Google.

Ianya 100% percuma.

Zaman sekarang orang dah jarang gunakan Yahoo! Mail.

Semua dah beralih ke Gmail terutama bila anda menggunakan telefon pintar Android.

Panduan Daftar Gmail

Untuk buka emel baru, anda perlukan nombor telefon sahaja.

Tak perlu gunakan nama penuh dalam IC pun.

Guna nama samaran pun dah cukup.

Caranya…

Layari Portal Gmail

Buka browser anda (Chrome / Mozilla) dan klik link https://www.google.com/gmail/

daftar gmail

Buka Akaun Baru

Kemudian pilih sama ada buka emel baru untuk diri sendiri atau bisnes.

Pilih sahaja mana-mana yang anda suka. Tiada beza pun antara akaun peribadi berbanding perniagaan.

Isi Maklumat & Username

Kemudian isi maklumat yang diperlukan seperti nama anda.

Dan buat pilihan username emel anda.

Contohnya kami menggunakan username [email protected]

Username tersebut akan digunakan ketika login nanti.

Jangan lupa masukkan kata laluan / password.

Sebaiknya catit password di buku nota supaya anda tidak lupa nanti.

Kemudian klik “Next”.

Isi Nombor Telefon Untuk Pengesahan

Selepas itu sila masukkan nombor telefon anda untuk pengesahan.

Satu SMS akan dihantar ke nombor anda nanti bagi tujuan tersebut.

Boleh tinggalkan kosong pada bahagian “Recovery email address”.

Kemudian masukkan tarikh lahir dan pilih jantina anda.

Klik “Next”.

Sahkan Nombor Telefon Anda

Selepas klik Next tadi, anda akan terima satu notis untuk Gmail hantarkan kod pengesahan melalui SMS.

Klik “Send”.

Kemudian isi kod yang diterima tadi pada ruangan seperti di bawah dan klik “Verify”.

Dasar Privasi

Anda kemudian akan dibawa ke halaman “Privacy and Terms”, scroll ke bawah dan klik “I Agree”.

Selesai!

Tahniah! Anda kini memiliki emel baru bersama Gmail.

Mudah je sebenarnya.

Nak buat emel lain menggunakan nombor telefon yang sama pun boleh.

Diharapkan panduan ini sedikit sebanyak membantu anda yang tidak tahu bagaimana untuk buat emel.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.