Tahukah anda Kementerian Wilayah Persekutuan ada menyediakan bantuan perumahan di bawah program Rumah Residensi Wilayah (Residensiku).
Projek perumahan ini menyasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan.
Kawasan perumahan Residensiku tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.
Dijangka 80,000 unit Residensi Wilayah akan dibina bermula 2019 sehingga tahun 2028.
Rumah-rumah dibawah program ini menawarkan tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.
Siapa Yang Layak Memohon?
Hanya yang disenaraikan di bawah layak memohon rumah Residensi Wilayah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas ketika permohonan dibuat
- Menetap / bekerja di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan (bujang)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000 (berkahwin)
Pesara juga layak memohon sekiranya cukup syarat di atas.
Namun hanya satu projek boleh dimohon.
Permohonan Rumah Residensi Wilayah
Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi https://residensiwilayah.kwp.gov.my
Pemohon mestilah menggunakan alamat emel yang aktif kerana semua notifikasi akan dimaklumkan melalui emel.
Jika belum ada emel, rujuk artikel kami “Cara Daftar Emel Baru“.
Berikut beberapa dokumen sokongan yang perlu dikemukakan:
Senarai Projek
Berikut senarai projek yang masih dibuka:
- Pangsapuri Vista Danau Kota (Wangsa Maju)
- Residensi Akasie Jubilee (Bukit Bintang)
- Residensi Aman Bukit Jalil (Seputeh)
- SkyAwani IV (Setiawangsa)
- Residensi Laman Sari (Batu)
- Apartment Lili Petaling (Seputeh)
- Residensi Inspirasi Setapak (Wangsa Maju)
- Residensi Akasia Permaisuri (Bandar Tun Razak)
- Residensi Hektar (Wangsa Maju)
Untuk senarai penuh projek, sila semak di sini.