Advertisements

Semakan Senarai Majikan Yang Lulus Program Subsidi Upah PERKESO

Masih ingat tentang bantuan kewangan sehingga RM1,200 sebulan melalui Program Subsidi Upah PERKESO?

Kini para pekerja / majikan boleh membuat semakan senarai majikan yang lulus bayaran program tersebut di portal rasmi prihatin.perkeso.gov.my.

Dengan adanya senarai ini, para majikan tidak boleh memberi alasan permohonan mereka gagal dan sebagainya.

Program Subsidi Upah

Melalui Program Subsidi Upah, para majikan akan mendapat bantuan kewangan bermula dari RM600 sehingga RM1,200 bergantung kepada saiz perusahaan.

Contohnya untuk majikan dengan saiz perusahaan 75 orang ke bawah, bantuan disediakan sebanyak RM1,200 untuk setiap pekerja.

Manakala bagi saiz perusahaan 76 – 200 orang pekerja, bantuan RM800 untuk setiap pekerja disediakaan.

Bagi saiz perusahaan besar 201 ke atas, kerajaan menyediakan bantuan RM600 setiap pekerja namun terhad untuk 200 pekerja sahaja.

Tempoh bantuan selama 3 bulan bermula 1 April sehingga 31 Disember tertakluk kepada baki dana yang disediakan.

Senarai Majikan Yang Lulus

Untuk semakan senarai majikan yang lulus program ini, anda boleh layari https://prihatin.perkeso.gov.my/psu/

Sila masukkan nama syarikat tempat anda bekerja pada ruangan carian untuk mempercepatkan proses semakan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 03-4264 5555 / 03-8091 5100 / 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.