Tahukah anda tentang kewujudan sistem ezBis SSM Login?
Ianya dibangunkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memudahkan urusan pendaftaran / pembaharuan (renew) SSM secara online.
Berikut dikongsikan maklumat lengkap beserta panduan langkah demi langkah cara daftar / renew SSM online melalui sistem ezBiz SSM 2020.
Pentingnya Daftar SSM
Setiap individu yang menjalankan perniagaan termasuk online business / freelance perlu mendaftar perniagaan anda.
Kos pendaftaran cuma RM60 setahun.
Tujuan daftar SSM supaya anda boleh membuka akaun semasa di bank bagi sebarang urusan jual beli yang berlaku.
Penyata bank itulah yang bank mahukan sekiranya anda ingin memohon apa-apa pinjaman contohnya pinjaman perumahan / pembiayaan kereta.
Dan jangan lupa untuk membayar cukai.
Pembayar cukai lebih “dipandang mulia” oleh orang bank.
Rujuk: 21 Jenis Pelepasan Cukai Untuk eFiling 2019
Pendaftaran ezBiz SSM Login
Bagi memudahkan urusan pendaftaran perniagaan, anda perlu membuka akaun di ezBis SSM.
Caranya pergi ke https://ezbiz.ssm.com.my/ dan klik “Sign Up”.
Isi maklumat nombor kad pengenalan dan nama penuh anda kemudian klik “Register”.
Selesai pendaftaran anda perlu hadir ke mana-mana kaunter SSM untuk tujuan pengesahan IC.
Di kaunter anda boleh terus daftar SSM dengan mengisi beberapa maklumat seperti berikut:
- Nama perniagaan
- Tarikh permulaan perniagaan
- Alamat utama perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
- Maklumat pemilik dan rakan kongsi
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
Sekiranya anda belum bersedia, anda boleh daftar secara online di rumah.
Berikut contoh Borang A SSM yang perlu anda isi:
Sekiranya perniagaan anda didaftar menggunakan nama sendiri, anda cuma perlu bayar RM30 + RM10 (maklumat perniagaan).
Namun jika anda mendaftar nama tred seperti ABC Trading / ABC Resources, anda perlu membayar RM60 + RM10.
Tips sebelum daftar nama perniagaan anda boleh semak dahulu adakah nama tersebut telah didaftarkan atau belum.
Caranya anda boleh semak di portal MYDATA SSM.
Selesai pendaftaran anda boleh download maklumat perniagaan iaitu Borang D – Perakuan Pendaftaran Perniagaan.
Renew SSM Online
Untuk renew SSM online, anda hanya perlu login ke sistem ezBiz SSM dan pilih “Renewal by Owners”.
Sistem kemudian akan memaparkan senarai perniagaan yang telah didaftarkan menggunakan IC anda.
Sila pilih perniagaan yang ingin diperbaharui dan buat pembayaran online.
Kemudian anda boleh download Borang E seperti di bawah:
Sistem ezBiz juga boleh digunakan untuk renew SSM bukan milik anda.
Dan ianya juga boleh digunakan untuk mendaftar SSM baru.
Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi ezBiz SSM.