Kini perjalanan merentas negeri dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Tempoh PKPP dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.
Antara yang dibenarkan di bawah PKPP:
- Pelancongan domestik dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup.
- Operasi premis perniagaan kembali kepada biasa.
- Sekolah dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP.
- Pusat hiburan seperti pub, karaoke masih dilarang.
- Perhimpunan melibatkan ramai orang tidak dibenarkan.
Dapatkan informasi terkini & senarai bantuan sepanjang PKPP di Telegram rasmi BPN 2020 https://t.me/bantuanprihatinnasionalmy
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
Selain itu, semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, akan dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ini termasuklah aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha turut dibenarkan.
Berikut antara 7 strategi PKPP
- Pengukuhan Kesihatan Awam
- Perundangan dan Penguatkuasaan
- Pengukuhan Kawalan Sempadan
- Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
- Pembudayaan Kebiasaan Baru
- Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
- Perlindungan Golongan Berisiko