Selepas dilancarkan 2016, Perodua Bezza telah diberi nafas baru apabila hadir dengan versi facelift terbaru yang lebih sporty.
Berikut dikongsikan segala maklumat tentang kereta sedan pertama dari Perodua ini — termasuk gambar interior, exterior, spesifikasi, pilihan warna dan harga bagi tahun 2023 yang ditawarkan oleh pihak Perodua.
Selain Perodua Bezza , anda mungkin juga berminat SUV kedua Proton iaitu Proton X50 atau mungkin lebih selesa memandu kenderaan yang lebih kecil seperti Perodua Axia.
Apa pun pastikan anda sudah membuat kira-kira kos memiliki sebuah kereta termasuk kos renew roadtax, risiko saman dan sebagainya.
Perodua Bezza
Pelancaran Perodua Bezza baru ini telah dilakukan pada 8 Januari 2020 dan jika ingin menyaksikan video pelancaran tersebut anda boleh tonton video di bawah:
Dari hasil penelitian kami mendapati perubahan besar Bezza facelift ini ialah pada muka hadapannya yang mengalami perubahan agak ketara.
Selain itu, sistem keselamatan turut dinaik taraf di mana Perodua Bezza ini, hadir dengan pakej ASA 2.0 yang merangkumi sistem seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC) – semuanya berfungsi melalui kamera pada cermin utama.
Harga Perodua Bezza 2023
Bagi yang meminat kereta sedan dengan bonet yang lebih luas, semestinya Perodua Bezza baru ini boleh dimasukkan dalam senarai beli anda.
Harga Bezza 2023 ini bermula dari RM35,789.70 sehingga RM51,664.25 dengan ansuran bulanan dari serendah RM384 sehingga RM555.
Berikut adalah harga Perodua Bezza terkini termasuk insurans dan road tax bagi pembeli di semenanjung Malaysia.
Kiraan ansuran bulanan Bezza di bawah adalah berdasarkan interest rate 3.2%
Bagi anda yang berminat anda perlu memastikan kadar gaji minimum anda berada di bawah kategori layak membeli. Bagi Perodua Bezza 2023, kadar gaji minimum untuk membeli kenderaan ini adalah sebanyak RM1,900 sebulan.
Jenis Bezza 2023 | Gaji Minimum (RM) |
---|---|
Bezza 1.0 G | 1900+ |
Bezza 1.3 X | 2200+ |
Bezza 1.3 Advance | 2300+ |
Sekiranya harga Perodua Bezza 2023 ini masih dalam bajet anda, bolehlah sediakan dokumen seperti berikut:
Pekerja Kerajaan :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan.
4. Bank Statement 3 bulan (bergantung kepada bank)
Pekerja Swasta :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan. Kalau ada OT atau elaun sila bagi 6 bulan.
4. Bank Statement 3/6 bulan ikut payslip.
5. Penyata KWSP
Peniaga :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. Bank Statement 6 bulan
Skim Graduan (Siswazah Yang Telah Tamat) :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Skrol Degree atau Diploma / Transcript
4. Surat tawaran pekerjaan.
Student / Pelajar :
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Kad Pelajar
4. Dokumen Penjamin (rujuk kepada pekerja swasta /kerajaan)
Spesifikasi Perodua Bezza
Bagi anda yang berminat untuk membeli Perodua Bezza ini, berikut merupakan spesifikasi terdapat dalam kenderaan ini:
- Rekabentuk Luaran
- Lampu Depan LED baharu
- Gril & Bampar Hadapan Baharu
- Rim Aloi 15 inci Dua tona baharu
- Cermin Sisi Boleh Tarik dengan Isyarat Belok
- Skirting Sisi Dua Tona Baharu
- Hiasan Pintu Belakang Dua-tona Baharu
- Bampar Belakang Baharu
- Rekabentuk Dalaman
- Tempat Duduk Kulit Semi-baldi Baharu
- Kemasukan Pintar dengan Kekunci Pintar dan Tekan Butang Mula/Berhenti
- Kombi Meter Baharu (Pencahayaan Putih)
- Sistem Multimedia dengan Navigasi dan ‘Pautan Pintar’ (Untuk Android Sahaja)
- Slot Telefon Bimbit dan Port USB (Konsol Belakang)
- Kecekapan
- Enjin EEV Perodua Bezza dibina ringan dan padat untuk meningkatkan penggunaan bahan api, serta mengurangkan tahap getaran dan bunyi.
- Keselamatan
- Bantuan Keselamatan Lanjutan (A.S.A) 2.0
- Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
- Kawalan Daya tarikan (TRC)
- Bantuan Permulaan Bukit (HSA)
- Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD)
- Peringatan Tali Pinggang Keledar untuk Pemandu dan Penumpang Depan
- Fungsi Satu Sentuhan dengan Perlindungan Jam di Bahagian Pemandu
- Keselesaan dan Kemudahan Perodua Bezza
- Ruang Serbaguna
- Ruang Bagasi 508L dan Jaring Bagasi
- Ruang Bawah Bagasi
Baca juga: Honda CONNECT : Aplikasi Telematik Kenderaan Keluaran Honda
Gambar Exterior & Interior
Berikut merupakan gambar Reka Bentuk Luaran dan Dalam Perodua Bezza :
- Exterior (Reka Bentuk Luaran)
2. Interior (Reka Bentuk Dalaman)
Sumber: Laman Rasmi – Perodua
Pilihan Warna Bezza
Bagi anda yang berminat terdapat enam (6) pilihan warna yang ditawarkan bagi Perodua Bezza 2023 ini:
- Garnet Red
- Sugar Brown
- Granite Grey
- Ocean Blue
- Glittering Silver
- Ivory White
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Perodua Bezza ini dan harga terbaharu anda boleh terus ke laman rasmi Perodua atau anda boleh menghubungi mereka dengan cara berikut:
- No. Tel : 1800-88-6600
- Facebook : Perodua