Advertisements

Honda CONNECT : Aplikasi Telematik Kenderaan Keluaran Honda

Syarikat pengeluar kenderaan Honda di Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honda CONNECT, iaitu sistem telematik yang merangkumi peranti pengesan kereta yang dipasang di dalam kenderaan, membolehkan penghantaran, penerimaan dan penyimpanan maklumat.

Melalui aplikasi ini, anda boleh mengawal dan memantau pelbagai aspek kenderaan anda dengan mudah dengan hanya beberapa ketikan mudah pada telefon pintar anda.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini, baca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi.

Honda CONNECT

Honda telah mengeluarkan aplikasi mudah alih yang merangkumi aspek keselamatan, perlindungan dan kemudahan, yang dinamakan sebagai Honda CONNECT.

Bagi anda yang berminat anda boleh mendapatkan aplikasi ini di Apple App Store atau di Google Play Store mengikut kesesuaian peranti anda.

Aplikasi ini membantu dalam melindungi anda dan kenderaan anda dengan pelbagai ciri dan fitur keselematan yang dimilik.

Namun begitu buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia bagi pemilik kenderaan model Honda City RS e:HEV sahaja.

Honda Connect

Fitur atau Ciri Honda CONNECT

Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, ciri utama Honda CONNECT ini ada tiga iaitu keselamatan (safety), perlindungan (security) dan kemudahan (convenience)

1. Keselamatan (Safety)

Daripada aspek keselamatan dalam aplikasi ini, terdapat dua ciri utama yang boleh ditemui dalam aplikasi Honda CONNECT yang disediakan oleh syarikat pengeluar kenderaan ini, iaitu:

  1. Ciri Pengesanan Perlanggaran Automatik
    • Memberi sokongan segera melalui pusat panggilan bantuan 24 jam Honda Malaysia.
    • Butiran perlanggaran, akan dihantar terus ke pusat panggilan.
    • Jika kereta itu dipinjamkan kepada keluarga atau rakan, anda akan menjadi orang pertama yang mengetahui tentang sebarang kemalangan.
  2. Pengesanan Penggera Keselamatan
    • Memaklumkan kepada anda dan pusat panggilan bantuan jika ada cubaan untuk memasuki kenderaan anda.
  3. Amaran kelajuan
    • Memberitahu pemilik apabila kereta itu melangkaui had laju yang ditetapkan.

NOTA: Tonton video yang dikongsikan oleh pihak Honda untuk memahami aspek keselamatan yang disediakan ini dengan lebih terperinci.

2. Perlindungan (Security)

Bagi aspek perlindungan, aplikasi Honda CONNECT ini juga menekankan kepada tiga fitur utama iaitu:

  1. Sistem Cari Kereta Pemilik (Find My Car)
    • Membolehkan anda mendapatkan lokasi langsung kereta anda dengan hanya menekan beberapa butang pada skrin peranti anda.
  2. Sistem Panggilan Kecemasan
    • Pemandu boleh menghubungi kenalan penting mereka serta-merta, menjimatkan minit berharga semasa kecemasan.
  3. Maklumat Geo-fencing
    • Membolehkan anda menetapkan zon kereta anda dan menerima makluman apabila kereta anda masuk atau keluar darinya.

NOTA: Tonton video yang dikongsikan oleh pihak Honda untuk memahami aspek perlindungan yang disediakan ini dengan lebih terperinci.

3. Kemudahan (Convenience)

Seperti fitur yang lain, ciri kemudahan dalam Honda CONNECT ini juga menekankan kepada tiga aspek iaitu:

  1. Remote kawalan Kenderaan
    • Aplikasi membolehkan anda membuka kunci pintu dengan satu sentuhan pada bahagian “Kunci & Buka”
    • Boleh menghidupkan dan menghentikan enjin kereta anda menggunakan aplikasi ini.
    • Boleh mengawal penyaman udara dan lampu kenderaan anda menggunakan aplikasi ini.
  2. Status kenderaan.
    • Dengan 11 penunjuk utama anda akan mendapat maklumat yang anda perlukan untuk menyelesaikan sebarang masalah.
    • Status bahan api, bateri, kunci dan beg udara kenderaan anda boleh diperoleh melalui aplikasi ini.
    • Aplikasi ini akan menghantar pemberitahuan ke peranti mudah alih anda sekiranya terdapat sebarang masalah.
  3. Peingatan Servis Perkhidmatan
    • Ia akan menghantar peringatan perkhidmatan kepada anda supaya anda tidak akan terlepas temu janji perkhidmatan rutin.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tambahan berkenaan Honda CONNECT ini anda boleh mendapatkannya di laman rasmi Honda Malaysia.

Baca juga: Tesla Malaysia: Harga, Model, Dan Cara Membuat Tempahan

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.