Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan atau lebih mudah disebut sebagai UFPK merupakan satu ujian yang diberikan kepada calon yang memohon jawatan tertentu bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
ujian ini menandakan nama calon telah disenarai pendek dari kesemua pemohon, dan melalui ujian ini mereka akan menentukan sama ada pemohon layak atau tidak memegang jawatan tersebut.
Berikut merupakan maklumat berkenaan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan ini. Baca sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi tentang ujian ini.
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK)
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) merupakan ujian terhadap keadaan fizikal dan pancaindera anda serta mengetahui tahap seseorang calon yang memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh SPA.
Namun begitu, tidak semua jawatan yang ditawarkan oleh SPA ini perlu menjalani ujian ini. Biasanya jawatan yang berkaitan dengan badan unit beruniform seperti di bawah sahaja yang selalunya perlu menduduki ujian ini:
- Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
- Pegawai Siasatan Gred P41
- Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19.
- Pegawai Kesatria Gred S41
- Penolong Pegawai Kesatria Gred S29
- Pembantu Kesatria Gred S17
- Pegawai Keselamatan Gred KP41
- Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
- Pembantu Keselamatan Gred KP17
- Penguasa Penjara Gred KA41
- Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
- Pegawai Penjara Gred KA19
- Penguasa Bomba Gred KB41
- Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
- Pegawai Bomba Gred KB19
- Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
- Pegawai Imigresen Gred KP19
- Leftenan Muda Maritim Gred T13
- Bintara Muda Maritim Gred T5
- Laskar Kelas II Maritim Gred T1
- Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
- Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
- Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Jenis-jenis ujian
Bagi anda yang telah mendapat surat atau e-mel menyatakan anda perlu mengikut UFPK ini, anda perlu pastikan anda telah bersedia untuk melakukan jenis-jenis ujian dibawah:
- Ujian ukur tinggi
- Ujian ukur berat
- Ujian indeks jisim tubuh (BMI)
- Ujian ukur dada (bagi calon lelaki sahaja)
- Ujian pendengaran
- Ujian penglihatan
- Ujian pengecaman warna
- Pemeriksaan tubuh badan
- Gaya berjalan & berkawad
- Ujian kecergasan (Bangun Tubi, Lompat Jauh Berdiri, Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter, Larian 2.4 km)
Syarat-syarat untuk melepesi setiap ujian yang disenaraikan di atas akan dinyatakan dalam surat yang diberikan kepada setiap calon.
Oleh itu pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian, iaitu pakaian sukan dengan kasut sport agar tidak mengalami kesukaran semasa melakukan ujian.
Dokumen Yang Diperlukan
Pastikan anda membawa dokumen-dokumen di bawah sewaktu anda menjalani Ujian Fizikal, Pacaindera dan Kecergasan (UFPK) ini:
- Surat panggilan pemeriksaan fizikal yang di cetak melalui emel atau Portal SPA.
- Kad Pengenalan.
- Surat pengesahan dari SPA bagi calon tukar pusat dan tukar tarikh (jika perlu).
Anda juga perlu memakai pelitup muka dan perlu membawa sarung tangan (getah) dan Kit ujian kendiri Covid-19 sewaktu menghadiri ujian tersebut.
Dokumen lain seperti sijil tamat belajar, ijazah, surat sokongan ataupun resume TIDAK PERLU dibawa.
NOTA: Pastikan anda juga berada di kawasan ujian 15 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan agar semuanya berjalan dengan lancar.
Rujukan UFPK
Berikut merupakan video pendek yang telah disediakan oleh pihak SPA sebagai rujukan untuk anda dalam mengahadapi UFPK nanti:
Maklumat Lanjut
Anda juga boleh semak maklumat lanjut mengenai UFPK ini di laman rasmi SPA.
Semoga dengan bantuan video dan artikel ini, anda berjaya mara ke peringkat seterusnya dan dapat memperoleh jawatan yang dikehendaki.
Baca juga: Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara Tahun 2023