Advertisements

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara Tahun 2023

Pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, yang baru sahaja berlangsung beberapa hari yang lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berkenaan Bantuan Khas Penghargaan yang bakal diberikan kepada penjawat awam dan pesara.

Bantuan sebanyak RM300 akan diserah kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, manakala pesara pula akan menerima bantuan sebanyak RM200.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan bantuan kerajaan ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Bantuan khas

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia, baru-baru ini dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, telah mengumumkan satu lagi pemberian kerajaan kepada Penjawat Awam dan Pesara, iaitu bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah.

Pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen pula akan menerima bantuan sebanyak RM200.

Daripada bantuan ini, beliau menyatakan hampir lebih 1.3 juta penjawat awam termasuk pesara akan mendapat manfaat daripada bantuan yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu ini.

Permulaan ini diharap akan menyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik sekali gus melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani.

Tarikh Bantuan

Bagi penjawat awam dan pesara yang bakal menerima bantuan khas penghargaan ini, ia akan disalurkan dalam tempoh 2 Minggu daripada tarikh 27 Julai 2023.

Oleh itu, bantuan ini dijangkakan akan diagihkan pada minggu pertama atau minggu kedua pada bulan Ogos 2023 ini.

Jumlah Bantuan Khas Penghargaan

Jumlah Bantuan Khas Penghargaan yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  1. Penjawat Awam gred 56 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM300.
  2. Pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM200.
Bantuan khas

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan bantuan penghargaan ini, anda boleh mendapatkannya melalui cara berikut:

  1. Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
  2. Facebook: Jabatan Perkhidmatan Awam – Fb dan;
  3. Laman Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

Baca juga: eTunai RM100 : Bantuan Bagi Golongan Peringkat B40 & M40

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.