Advertisements

eTunai RM100 : Bantuan Bagi Golongan Peringkat B40 & M40

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian kredit eTunai RM100 kepada semua warga Malaysia yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Beliau turut menyatakan bahawa, inisiatif  e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan kredit etunai ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

etunai RM100

Kredit eTunai RM100

Pada dua hari yang lepas, menerusi Majlis Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tentang pemberian kredit eTunai sebanyak RM100.

Pemberian kredit ini dilakukan kerana kerajaan telah melihat impak besar dan kejayaan program e-tunai ini kepada masyarakat, terutamanya kepada golongan yang memerlukan.

Kredit sebanyak RM100 itu akan diberikan kepada golongan Dewasa berusia 21 tahun dan ke atas dari golongan peringkat B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 dan ke bawah sahaja.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, bilangan penerima yang layak menerima bantuan ini dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima kredit eTunai RM100 :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berusia 21 tahun dan ke atas.
  3. Merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) (Berpendapatan RM100,000 dan kebawah sahaja).
eTUNAI-RM100

Tarikh Bayaran eTunai RM100

Tarikh pemberian kredit RM100 ini masih belum diumumkan lagi.

Sebarang maklumat berkenaan tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Baca juga: MyPSV: Cara Permohonan dan Syarat Kelayakan

e-Wallet Terlibat

Buat masa ini, maklumat berkenaan e-wallet yang terlibat dalam pemberian kredit eTunai RM100 ini masih belum lagi diumumkan.

Namun begitu, berdasarkan bantuan-bantuan e-tunai sebelum ini, penyedia perkhidmatan e-wallet yang mungkin terlibat dalam pemberian bantuan ini adalah:

  1. Boost;
  2. TouchNGo dan;
  3. Setel.

NOTA: Perkhidmatan e-Wallet yang lain seperti GrabPay dan ShopeePay juga mungkin terlibat dengan pemberian kredit ini.

Sebarang maklumat tambahan berkenaan pemberian kredit ini, akan kami maklumkan kemudian.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan kredit eTunai RM100 ini anda boleh layari laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.