Advertisements

MyPSV: Cara Permohonan dan Syarat Kelayakan

MyPSV merupakan suatu inisiatif kerajaan Madani di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang dijalankan bagi memperkasakan kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-hailing/Teksi/Bas (BTM >7,500kg).

Perkara ini dilakukan bagi memberi peluang kepada golongan tersebut untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan inisiatif kerajaan Madani ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

MyPSV

MyPSV 2023

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, MyPSV ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan yang dijalankan bagi membantu dalam menaiktarafkan kehidupan golongan B40 di Malaysia.

Melaui inisiatif ini, kerajaan dapat memperkasa 4,000 orang penerima bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV) secara percuma.

Di bawah tawaran ini, sejumlah 3,500 lesen melibatkan pemohon lesen PSV bagi khidmat seru-pandu dan teksi dan 500 lesen PSV yang selebihnya akan melibatkan khidmat bas di seluruh negara.

Dengan inisiatif ini, kerajaan berharap ia dapat mengubah sosioekonomi golongan B40 di Malaysia, dan dalam masa yang sama dapat mempertingkatkan jumlah perkhidmatan kenderaan awam di Malaysia.

MyPSV

Tarikh dan Kuota Permohonan

Bagi individu yang berminat, permohonan untuk mendapatkan bantuan MyPSV ini telah pun dibuka pada 3 Julai 2023 dan akan ditutup setelah kuota penyertaan dipenuhi.

Kuota yang dibuka bagi inisiatif ini adalah sebanyak 4000 orang peserta, dengan 3500 daripadanya untuk peserta PSV E-hailing atau Teksi, dan 500 untuk peserta PSV Bas.

Disebabkan kuota yang terhad, anda perlu pastikan anda mendaftar segera bagi merebut peluang ini.

Syarat Kelayakan MyPSV

Bagi anda yang ingin mendapatkan bantuan ini, anda perlu memastikan anda memenuhi syarat kelayakan dibawah:

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.
  3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
  4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Cara Permohonan MyPSV

Untuk anda yang berminat dan telah memenuhi syarat-syarat kelayak di atas, anda boleh memohon dengan cara berikut:

  1. Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form
  2. Lengkapkan maklumat yang diminta.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan:
    1. Salinan Kad Pengenalan
    2. Salinan Lesen Memandu Malaysia
    3. Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
  4. Setelah selesai, tekan butang hantar.

*NOTA: Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel, manakala pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal dan rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal.

Jika terdapat sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah ia dikemukakan, anda boleh hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel [email protected] 

Maklumat Lanjut

Jika anda terdapat sebarang persoalan berkenaan MyPSV ini, anda boleh merujuk kepada dokumen dibawah:

Atau;

anda boleh dikemukakan pertanyaan anda ke alamat email: [email protected] atau boleh terus hubungi nombor berikut 03-8892 8714 atau 03-8892 8693.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.