Semakan keputusan keseluruhan bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh mula dilakukan pada 13 Julai 2023 ini.
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan peperiksaan pra-universiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia yang disediakan dan dikelola oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada 13 Julai 2023 ini, keputusan keseluruhan bagi STPM 2022 bakal diumumkan oleh MPM, dan berikut kami kongsikan kepada anda langkah dan kaedah menyemak keputusan sama ada secara atas talian atau secara SMS.
Pengenalan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
STPM adalah salah satu daripada dua sistem pra-universiti yang diiktiraf di Malaysia bagi kemasukan ke universiti awam yang berada di bawah kelolaan Majlis Peperiksaan Malaysia.
STPM ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat, Ireland dan Australia dan kebanyakan universiti ini menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.
Tempoh pelaksanaan STPM ini adalah selama setahun setengah dengan sebanyak tiga semester dan pada 13 Julai 2023 (Khamis, 11:30 pagi) ini, keputusan keseluruhan bagi STPM 2022 bakal diumumkan.
Anda boleh melakukan semakan keputusan STPM ini dengan dua cara iaitu secara atas talian atau melalui penghantaran SMS.
Kaedah Semakan Keputusan STPM
Bagi anda yang menduduki peperiksaan STPM ini, terdapat dua kaedah semakan keputusan yang boleh anda lakukan untuk mengetahui keputusan STPM anda pada 13 Julai 2023 (Khamis) ini.
Berikut merupakan dua kaedah semakan tersebut:
- Semakan Online (Melalui Portal MPM)
- Layari portal rasmi MPM
- Isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.
- Tekan butang HANTAR dan keputusan anda akan dipaparkan.
- Semakan SMS
- Hantarkan sms dengan cara berikut kepada 15888 (Bermula 11 Pagi):
STPM<jarak>No.K/P<Jarak>AngkaGiliran
Contoh: STPM 030201045203 WLD123/232
Langkah Semakan Semula Keputusan STPM
Sekiranya anda telah mendapatkan keputusan keseluruhan anda, namun anda tidak berpuas hati atau merasakan terdapat kesalahan dalam penandaan, anda boleh melakukan semakan semula keputusan anda dengan cara berikut:
Maklumat Tambahan
Maklumat tambahan berkenaan semakan keputusan STPM 2022 ini boleh didapatkan melalui laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), atau anda boleh menghubungi mereka melalui cara berikut:
- E-mel: [email protected]
- Telefon: 03-61261600
Baca juga: