Advertisements

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 / Sesi 2023

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh membuat semakan untuk kemasukan ke Tingkatan 6 bagi semester 1 tahun 2023.

Calon-calon boleh mula membuat semakan bermula 3 Julai 2023 sehingga 17 Julai 2023.

Tingkatan 6 merupakan salah satu pilihan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain memasuki Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Kemasukan ke Tingkatan 6 tidak melalui proses permohonan sebaliknya calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan secara automatik.

Baca juga:

Tingkatan 6

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), menyatakan “pendidikan lepas menengah” ertinya Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikut Pendidikan lepas menengah, tetapi tidak termasuk Pendidikan Tinggi.

Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pada masa itu, bilangan kelas yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas dan terdapat 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 ini adalah selama tiga semester. Murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak untuk ditawarkan pengajian di Tingkatan 6 jika memenuhi syarat umum dan syarat khusus bagi bidang yang ditawarkan.

Objektif

Berikut merupakan objektif pengwujudan Tingkatan 6:

  1. Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
  2. Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
  3. Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
  4. Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
  5. Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.

Syarat-Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 6

Terdapat beberapa syarat kemasukan bagi calon lepasan SPM untuk ke Tingkatan 6 iaitu:

  1. Syarat am
    • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata
      pelajaran Bahasa Melayu.
    • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2023.
  2. Syarat Khas
    • Bidang Sains
      • Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
    • Bidang Sains Sosial
      • Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

Langkah-Langkah Membuat Semakan

Calon-calon boleh membuat semakan ke Tingkatan 6 melalui 2 kaedah berikut:

Semakan Tingkatan 6 (Laman Web)

  • Layari laman web https://sst6.moe.gov.my/
  • Klik bahagian semakan tawaran.
  • Masukkan nombor kad pengenalan.
  • Tekan klik untuk semak.
Tingkatan 6

Semakan Tingkatan 6 (SMS)

  • Taip MOE<jarak>T6<jarak>ANGKAGILIRAN dan SMS ke 15888.
    • Contoh: MOE T6 AA12A124; atau
  • Taip MOE<jarak>NOMBOR KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888.
    • Contoh: MOE T6 890314056424

Bagi calon yang membuat semakan menggunakan SMS, caj RM0.15 dikenakan untuk penghantaran dan RM0.20 untuk caj penerimaan.

Info Penting

Bagi calon yang berjaya, anda perlu melapor diri ke Kolej Tingkatan 6 atau Pusat Tingkatan 6 yang ditawarkan pada 16 Julai 2023 bagi sekolah di negeri A dan 17 Julai 2023 bagi sekolah di bawah negeri B.

Bagi ambilan rayuan, tarikh melapor diri ke Kolej Tingkatan 6 atau Pusat Tingkatan 6 adalah pada 25 Julai 2023.

Kegagalan calon melapor diri pada tarikh berkenaan dianggap menolak atau tidak berminat dengan tawaran tersebut.

NOTA:

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

Proses Membuat Rayuan

Bagi calon-calon yang tidak berjaya, KPM turut memberikan peluang untuk calon-calon membuat rayuan, namun, permohonan tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej atau Pusat Tingkatan 6.

Proses-proses membuat rayuan tersebut adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://sst6.moe.gov.my/
  2. Muat turun Borang Rayuan bagi Calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK).
  3. Isikan maklumat yang dikehendaki.
  4. Borang ini hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:
    • Keputusan peperiksaan SPM 2022;
    • Sijil kelahiran;
    • Kad pengenalan/pasport;
    • Sijil berhenti sekolah;
    • Pelaporan PAJSK; dan
    • Dokumen lain yang berkenaan.
  5. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada:
    • Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI);
    • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh untuk rayuan kemasukan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu; atau
    • Bahagian Pendidikan Khas untuk rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

Tarikh Dan Semakan Rayuan

Bagi individu yang tidak layak, anda boleh mula melakukan rayuan ke Tingkatan 6 daripada tarikh:

  • Mula : 3 Julai 2023
  • Akhir : 17 Julai 2023

Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal https://sst6.moe.gov.my/.

Soalan Lazim

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab berkenaan soalan-soalan lazim berkaitan Tingkatan 6:

Pertanyaan & Info Lanjut

Calon-calon yang mempunyai pertanyan atau ingin mengetahui info lebih lanjut, anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya 
No. Telefon : 03-8884 9370 

Calon juga boleh menghantar emel ke alamat [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.