Syarikat pengeluar kenderaan Malaysia, Perodua telahpun mengeluarkan sebuah kereta baharu dari Model Axia dengan nama Axia E, dengan harga Rahmah yang sangat berpatutan dan murah.
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan produk keluaran terbaru syarikat ini, pastikan anda membaca artikel ini sampai ke penghujung.
Baca juga: PROTON X90: SUV Tebaru Dari Siri PROTON X
Perodua Axia E Manual
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik @ harga rahmah iaitu dengan hanya RM22,000 tanpa insurans.
Model ini merupakan model paling murah yang pernah diperkenalkan oleh Perodua sejak penghasilan model kenderaan pertama mereka, iaitu Kancil, yang dikeluarkan pada tahun 1994.
Penyediaan kenderaan berharga Rahmah ini merupakan antara objektif asal kumpulan Perodua, untuk menyediakan mobiliti mampu milik dan berkualiti bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia untuk mendapatkan kenderaan milik sendiri.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model terbaharu ini direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan tempahan bagi kenderaan ini boleh mula dilakukan.
Pilihan Warna
Bagi yang berminat dengan Axia harga rahmah ini, ia didatangkan dengan tiga piliha warna sahaja iaitu:
- Ivory White
- Glittering Silver
- Granite Grey
Spesifikasi
Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Kereta ini menawarkan beberapa spesifikasi sahaja, kerana ia didatangkan dengan ciri asas namun masih menawarkan ciri keselamatan yang baik dan diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh MIROS.:
- Enjin petrol 1.0L 3-silinder
- Ditawarkan bagi versi transmisi manual lima kelajuan
- Mempunyai Aircond, Power Steering, dan Power Window
- Servis setiap 10,000 KM dan mempunyai warranty sebanyak 5 tahun
- Tiada ABS
- Dua beg udara
- Sistem peringatan tali pinggang keledar
- Terdapat 3 warna ditawarkan
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan spesifikasi Axia baharu ini, anda boleh ke laman rasmi Perodua
Axia E Harga Rahmah
Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, pengeluaran model Axia E ini, adalah dilakukan bagi menyediakan kenderaan mampu milik agar dapat memudahkan rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan sendiri.
Oleh itu, Perodua telah mengeluarkan model ini dengan harga rahmah iaitu sebanyak RM22,000 tanpa insurans, dengan ansuran bulanan dalam anggaran RM250 sehingga RM300 sebulan.
Harga ini sangat berpatutan jiika dibandingkan dengan model Perodua Axia transmisi automatik, perbezaan harga adalah seperti berikut:
- Axia 1.0L AV : RM49,500
- Axia 1.0L SE : RM44,000
- Axia 1.0L X : RM40,000
- Axia 1.0L G : RM38,600
- Axia 1.0L E : RM22,000
NOTA: Kelainan yang dilaksanakan PERODUA bagi model Axia E ini juga adalah memperkenalkan harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah berbeza.
Tempahan Kereta
Untuk anda yang berminat dan ini menempah kereta model Axia E ini, anda boleh mengunjungi Showroom Perodua yang terdekat dengan kawasan anda, untuk melakukan tempahan.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang berminat dengan Axia E ini, dan ingin mendapatkan maklumat tambahan, berikut merupakan Brochure yang telah disediakan pihak Perodua:
Atau anda boleh terus ke laman rasmi Perodua.