Advertisements

PROTON X90: SUV Tebaru Dari Siri PROTON X

PROTON kembali lagi dengan model SUV terbaru iaitu Proton x90, yang datang dengan rekabentuk dan penambahan-penambahan terbaru yang lebih baik berbanding model SUV mereka sebelum ini iaitu model X50 dan X70

Pengumuman berkenaan model terbaru Proton SUV ini telah dilakukan di semua media sosial di bawah kelolaan PROTON, pada bulan Mac yang lepas, bersempena dengan dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-40 tahun.

Proton X90 2023

Proton X90 merupakan model ketiga dalam siri X PROTON (SUV) selepas Proton X50 dan Proton X70, yang tersedia dalam empat varian, iaitu Standard, Exclusive, Premium dan Flagship.

SUV ini menawarkan ruang dan kebolehgunaan bukan sahaja dengan konfigurasi 7 tempat duduk tetapi juga tersedia sebagai 6 tempat duduk dengan kerusi individu untuk baris kedua.

Siluet berotot model baharu ini menonjolkan evolusi terbaru ke arah identiti reka bentuk premium, ia juga mempunyai Busur Ethereal yang direka semula mengalir di antara lampu hadapan menyerlahkan aura premium yang baru, mencipta penampilan yang kuat dan harmoni yang pastinya akan memberi kesan yang hebat.

Kisi-kisi yang dihasilkan bagi Proton X90 ini juga menakjubkan, dengan bentuk berlian yang terinspirasi dari corak songket, menunjukkan gerakan tidak terhingga, dan dengan pengamatan yang lebih dekat memperlihatkan corak berulang yang unik dalam “Weave” tanpa batas.

Rekabentuk dan Spesifikasi

Datang dengan empat varian yang berbeza, rekaan bagi Proton X90 ini tampil dengan rekaan yang lebih moden dan mewah dengan berfokuskan kepada ketersambungan, gaya ergonomik dengan semua butang praktikal yang melancarkan pemanduan anda.

But belakang Proton X90 ini ditawarkan dengan kapasiti yang lebih luas iaitu sebesar 2,050 liter, sekali gus memberi penekanan kepada aspek kereta keluarga.

Tempat duduk bagi model ini ditampilkan dengan material lembut untuk pemanduan yang lebih selesa khususnya bagi perjalanan jarak jauh dengan konfigurasi enam dan tujuh tempat duduk yang menggunakan platform versatil maju dengan kelengkapan terbaik.

Lebih menarik, PROTON turut mengambil beberapa pendekatan bagi memberi kelainan kepada X90 di mana bahagian depan PROTON X90 telah dihasilkan di Malaysia, yang seterunya membezakan model ini dengan produk asal Geely, iaitu Haoyue.

Model X90 ini juga menggunakan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid yang dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15% berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.

Ciri-ciri keselematan baharu yang terdapat dalam Proton X90 ini:

  1. Memiliki Rear Cross Traffic Alert (RCTA) 
  2. Memiliki Rear Collision Warning (RCW) 
  3. Memiliki Traffic Sign Information (TSI)
  4. Memiliki kombinasi meter LCD 10 inci
Proton x90
proton-x90
proton-x90

Varian Proton x90 2023

Bagi Proton X90 ini, Proton telah melancarkan 4 jenis varian yang boleh dimiliki pelanggan:

  1. 1.5 TGDi BSG Standard
  2. 1.5 TGDi BSG Executive
  3. 1.5 TGDi BSG Premium
  4. 1.5 TGDi BSG Flagship

*Nota: Keunikan setiap varian boleh dilihat dibawah:

Pilihan Warna Proton X90

Terdapat 6 pilihan warna bagi model yang ditawarkan iaitu:

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Jet Grey
  • Cinnamon Brown
  • Ruby Red
  • Marine Blue

Tempahan Dibuka

Bagi peminat model siri X PROTON yang ingin mendapatkan Proton X90 ini, tempahan telah pun dibuka bermula 8 April 2023 di semua cawangan 3S/4S PROTON.

Bagi yang ingin melihat sendiri model X90 ini dengan lebih dekat anda boleh pergi ke lokasi previu di Johor dan Pahang pada 15 dan 16 April, serta di Sabah dan Sarawak pada 29 dan 30 April.

Harga Rasmi Proton X90

Harga rasmi Proton X90 ini berbeza mengikut varian sedia ada, nilai rasmi bagi kenderaan ini boleh dilihat dibawah:

  • 1.5 TGDi Standard : RM123,800.00
  • 1.5 TGDi Executive : RM130,800.00
  • 1.5 TGDi Premium : RM144,800.00
  • 1.5 TGDi Flagship : RM152,800.00

Maklumat Tambahan

Bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan model terbaru 2023 ini anda boleh pergi ke laman sesawang PROTON di pautan berikut https://www.proton.com/ms-my atau anda boleh lihat risalah yang disediakan oleh pihak PROTON di bawah:

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.