Gantian Cuti Rehat (GCR) adalah pemberian wang tunai yang kepada anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan GCR ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.
Apa itu Gantian Cuti Rehat (GCR)?
Gantian Cuti Rehat (GCR) merupakan kemudahan yang disediakan pihak kerajaan dalam bentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan mereka.
Award GCR ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
Kenaikan Kadar Maksimum
Sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 pada februari yang lepas, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan imbuhan kadar maksimum GCR yang boleh dikumpulkan bagi tujuan penganugerahan wang tunai daripada 160 kepada 180 hari dengan anggaran implikasi kewangan RM100 juta setahun.
Dengan kenaikan itu, kerajaan juga bersetuju kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus akan dinaikkan sehingga maksimum 90 hari.
Formula Pengiraan GCR
Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 180 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
Kelayakan
- Pembayaran Award GCR diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.
- Pembayaran GCR bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Cara Permohonan dan Kelulusan GCR
Bagi kakitangan awam yang memenuhi kelayakan, anda boleh menggunakan kaedah berikut untuk membuat permohonan Gantian Cuti Rehat:
- Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.
- Ketua Jabatan yang akan meluluskan permohonan menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.
Pegawai yang berkelayakan untuk memohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen dibawah bagi proses permohonan:
- 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini.
- 1 salinan kenyataan cuti
- 2 salinan penyata kiraan cuti
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan sekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
Maklumat Tambahan
Jika ingin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan GCR ini, anda boleh ke portal rasmi kerajaan berkenaan pencen di JPA PENCEN.