Bermula 5 Mei 2023, Sukan SEA yang ke-32 akan berlangsung sehingga 17 Mei 2023 di Phnom Pehn, Kemboja.
Negara kita telah menghantar seramai 677 atlet, 403 orang daripadanya adalah atlet lelaki dan 274 orang adalah atlet wanita, bagi menyertai temasya sukan SEA 2023 ini.
Untuk mengetahui jadual atlet, acara yang dipertandingkan dan siaran yang memaparkan SEA Games ini secara langsung, anda boleh teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Sukan Asia Tenggara (SEA Games) 2023
Sukan SEA atau lebih dikenali sebagai South East Asian Games merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara di Asia Tenggara iaitu:
- Laos
- Malaysia
- Indonesia
- Kemboja
- Myanmar
- Singapura
- Thailand
- Vietnam
- Brunei
- Filipina
- Timur Leste
SEA Games ini telah bermula pada 22 Mei 1958 dibawah nama “Sukan Semenanjung Asia Tenggara” atau “Sukan SEAP”, dimana sukan ini telah diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Majlis Olimpik Asia.
Pada tahun 2023, kejohanan bagi tahun ini merupakan kejohanan yang ke-32, yang dilangsungkan daripada 5 Mei 2023 sehingga 17 Mei 2023, dengan negara Kemboja menjadi tuan rumah bagi tahun ini.
Acara Yang Dipertandingkan
Dibawah merupakan senarai 36 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam kejohanan bagi tahun 2023 di Kemboja:
- Athletics
- Aquatics
- Badminton
- Basketball
- Billiards and Snooker
- Boxing
- Chess
- Cricket
- Cycling
- Dancesports
- E sports
- Fencing
- Floorball
- Football
- Golf
- Gymnastics
- Hockey
- Jet Ski
- Judo
- Karate
- Martial Arts
- Obstacle Race
- Pencak Silat
- Petanque
- Sailing
- Sepak Takraw
- Soft Tennis
- Table Tennis
- Taekwondo
- Tennis
- Dragon Boat Race
- Triathlon/Aquathlon/Duathlon
- Volleyball
- Weightlifting
- Wrestling
- Wushu
Jadual Sukan SEA 2023
Dibawah merupakan jadual penuh bagi setiap acara yang dipertandingkan dalam SEA Games 2023 ini:
Tonton Siaran Langsung Sukan Asia Tenggara 2023
Peminat sukan di Malaysia anda boleh menonton atau mendapatkan maklumat tentang perkembangan sukan SEA atlet Malaysia di siaran berikut:
Pungutan Pingat Terkini
Secara keseluruhannya, Malaysia menduduki tangga ke-7 di antara sebelas (11) negara Asia Tenggara yang menyertai SEA Games 2023.
Atlet Malaysia telah berjaya mengumpul 30 Pingat Emas, 42 Pingat Perak dan 93 Pingat Gangsa setakat hari ini.
Kami mengucapkan tahniah, buat atlet-atlet yang berjaya menyumbangkan pingat kepada negara, dan diharapkan pencapaian ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada sukan SEA akan datang.