Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM Yayasan Pahang

Bagi murid tingkatan 1 hingga 6 yang belajar di sekolah bantuan kerajaan Negeri Pahang, anda kini boleh memohon Biasiswa Sekolah Menengah atau BSM Yayasan Pahang.

BSM telah diperkenalkan sejak tahun 1983 oleh Kerajaan Negeri Pahang yang diberikan kepada murid anak pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6.

Biasiswa ini diberikan hanya kepada murid yang bersekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Melalui biasiswa ini, kerajaan negeri telah memberikan bantuan sebanyak RM500 setahun bagi murid yang layak.

Namun, mulai tahun 2012, kadar baru BSM telah dinaikkan kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM600 setahun.

Bayaran dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Mei.

Keutamaan biasiswa ini adalah kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT.

Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003 sebahagian biasiswa ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Permohonan BSM telah dibuka dan tarikh tutup pemohonan BSM adalah pada 8 Julai 2020.

Syarat Kelayakan BSM Yayasan Pahang

BSM terbuka kepada para pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon/ibu/bapa mestilah lahir di negeri Pahang.
  4. Jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, pemohon/ibu/bapa mestilah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) pemohon tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung atau dibuang sekolah boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.

Langkah-Langkah Memohon

Pemohon yang berminat untuk memohon BSM mestilah mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Borang permohonan boleh diperolehi di sekolah atau pejabat Ahli Dewan Undangan (ADUN) masing-masing.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.
  3. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke semula ke sekolah masing-masing.
  4. Setiap sekolah perlu menghantar borang permohonan kepada Yayasan Pahang sebelum tarikh tutup permohoan.

Info dan Pertanyaan Lanjut

Pemohon yang mempunyai sebarang kemusykilan ataupun pertanyaan lanjut boleh menghubungi Yayasan Pahang di alamat:

Yayasan Pahang,
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Pemohon juga boleh menghubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.