Pada tanggal 16 Mei, Negara Malaysia akan meraikan satu perayaan yang dikenali sebagai Hari Guru.
Perayaan ini disambut setiap tahun bagi menghargai jasa para guru yang telah bersusah payah mengajar anak murid mereka sehingga berjaya.
Melalui artikel ini, kami sediakan juga ucapan, puisi dan pantun yang boleh anda dedikasikan kepada guru-guru, bagi menunjukkan tanda penghargaan anda, sempena sambutan Hari Guru 2023.
Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Bersempana dengan sambutan perayaan ini yang akan berlangsun pada 16 Mei 2023, kerajaan telah menetapkan “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” sebagai tema sambutan Hari Guru 2023.
Tema hari guru 2023 ini memfokuskan kepada “Kesediaan guru mendudukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru” dengan memberi penekanan kepada:
- Jati Diri dan Kenegaraan
- Roh dan Jiwa Guru
- Pengetahuan dan Kemahiran
Ucapan Hari Guru
Bagi anda yang ingin menyatakan penghargaan kepada para guru, namun tidak tau bagaimana, anda boleh pilih salah satu ucapan ringkas di bawah bagi menunjukkan tanda penghargaan tersebut:
- Terima kasih kerana memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi yang terbaik, dan sentiasa berada di sisi untuk membimbing saya apabila saya memerlukan bantuan. Terima kasih Cikgu, Selamat Hari Guru!
- Cikgu merupakan guru yang hebat, memberi jasa di dalam dan di luar bilik darjah. Jasamu cikgu akan dikenang hingga akhir hayat.
- Di bawah bimbingan cikgu, saya bukan sahaja menjadi pelajar yang lebih baik, tetapi juga anak, adik beradik dan rakan yang lebih baik. Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya menjadi insan berguna.
- Wahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya.
- Ibu bapa memberikan kita kehidupan dan seorang guru mengajarkan kita bagaimana untuk menjalaninya. Terima kasih kerana menjadi cahaya panduan dalam hidup kami. Selamat Hari Guru.
- Jasa dan bakti Cikgu akan dikenang selalu. Minta halalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja mampu membalas segala keringat dan bakti Cikgu
- Saya tidak dapat menyenaraikan semua perkara yang telah cikgu ajarkan kepada saya, tetapi yang saya pasti adalah cikgu telah mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik, dan ajaran cikgu ini akan saya bawa bersama saya seumur hidup. Terima kasih cikgu, kerana menjadi inspirasi saya.
- Cikgu! Engkaulah pelita hati, bak lilin yang menerangi kegelapan. Tanpa cikgu, suramlah masa depan kami. Terima kasih cikgu atas segala jasa dan pengorbanan.
- Hidup kami tandus, tanpa kata-katamu yang halus dan bijak. Kaulah guru, penerang hidup kami!
- Selamat Hari Guru. Jasamu dikenang, Budimu dijulang, Kasihmu tak terbilang. Terima kasih Cikgu!
Puisi Buat Cikgu
Guruku…
Saat aku baru mengenal aksara,
Kau ajari aku menghintung angka,
Saat aku baru mengerti bahasa,
Kau ajari aku tentang logika,
-Beelgrout-
Guru itu pelita,
Benderangnya tidak ada hadnya,
Mereka ke seluruh pelosok negeri,
Misi mereka membina negara bangsa,
Menyedarkan yang lupa,
Mengingatkan yang alpa.
Petikan puisi Intelek Guruku – Amil Jaya
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Guru Oh Guru (Usman Awang, 1979)
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Pantun Sempena Hari Guru
Dibawah merupakan pantun yang anda boleh berikan kepada guru-guru anda sempena hari guru ini:
Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa..
Rapi cermat menganyam nyiru,
Pelbagai petua telah diselidik;
Kepada semua para pendidik.
Tidaklah gaharu di buat arang,
Kayu berharga, tinggi nilanya,
Tidaklah guru dilupa orang,
Bagai mutiara indah kilaunya.
Pokok palma tegak berdiri
Di tanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru di lupa jangan
Elok berseri bertudung biru,
Sopan santun simpuh beralas,
Sempena hari hargai guru,
Sejambak pantun dikirim ikhlas
Semoga dengan contoh ucapan, puisi dan pantun ini, tanda penghargaan kita dapat dilihat oleh para guru yang telah banyak berjasa.
Kami juga ingin mengucapkan selamat hari guru dan jutaan terima kasih buat guru-guru diluar sana, terutama sekali guru-guru kami sendiri, yang telah banyak mengajar kami sehingga kami menjadi insan berjaya.
Jasamu akan kami kenang cikgu. Selamat Hari Guru!
Baca juga: Hari Guru 2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani