Advertisements

ANIS Selangor: Bantuan Anak OKU Sehingga RM5,000

Bagi warga Selangor yang mempunyai anak Orang Kurang Upaya (OKU), anda kini boleh memohon menerusi bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) dengan peruntukan sebanyak RM3.25 juta.

Untuk makluman, ANIS adalah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi keluarga yang mempunyai tanggungan anak OKU berumur 18 tahun ke bawah bagi kegunaan mereka sewaktu kecemasan dengan bantuan one-off sehingga RM5,000 setahun.

Tujuan ANIS diperkenalkan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga anak OKU terbabit.

Permohonan ANIS telah dibuka secara atas talian bermula 17 Mei 2023 sehingga 22 Mei 2023.

Jenis Bantuan ANIS Selangor

Bagi pemohon ANIS yang layak, mereka akan menerima 4 jenis bantuan (berdasarkan preskripsi Doktor) iaitu:

  • Makanan dan keperluan tambahan.
  • Pembelian atau pembaikian peralatan mesin.
  • Ubat-ubatan.
  • Pendidikan khas (terapi/kelas khas OKU).

Syarat Kelayakan Bantuan ANIS Selangor

Pemohon yang ingin memohon ANIS perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia;
  2. Ibu/Bapa/Penjaga pemohon merupakan Pengundi Negeri Selangor;
  3. Penerima Bantuan Khas ANIS hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa)
  4. Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Pengesahan Diagnosis daripada Doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU);
  5. Keutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada PERMOHONAN PERTAMA KALI;
  6. Keutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;
  7. Borang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan ANIS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan diatas talian di laman sesawang
    https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon diminta isi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses. Borang permohonan dan dokumen boleh di hantar di alamat seperti berikut:

    Pejabat YAWAS
    Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
    40000 Shah Alam, Selangor.
  4. Borang dan Dokumen Sokongan hendaklah dihantar bermula 17 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023 jam 5.30 Petang

*Nota: Jika gagal menghantar borang permohonan pada waktu yang dinyatakan, rayuan tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan Sila hubungi 03-55453170 / 03-55245068

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan bantuan ANIS Selangor iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)
  2. Salinan Sijil Kelahiran Anak
  3. Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  4. Kategori Peralatan/ Barangan / Makanan
    • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  5. Kategori Pendidikan Khas/ Sesi Terapi
    • Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
  6. Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

*Nota: Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

*Nota: Pusat Terapi adalah Pusat EIP yang mempunyai Occupational Therapist dan; atau Speech Therapist

Semakan Status Permohonan

Selepas membuat permohonan ANIS Selangor, pemohon boleh menyemak status permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://anis.yawas.my/k_anis/anis/semakan.php
  2. Masukkan no. kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Keputusan status permohonan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat ANIS di talian 03-55453170 serta email [email protected] atau melayari laman web ANIS di http://www.anis.yawas.my/.

Baca juga:

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah BSM Yayasan Pahang

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.