Hari Guru 2023 merupakan sebuah perayaan yang diraikan pada tanggal 16 Mei di Malaysia pada setiap tahun.
Perayaan ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada para guru yang telah banyak memberi jasa kepada bangsa dan negara.
Oleh itu untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perayaan ini, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Sambutan Hari Guru
Sambutan hari guru merupakan satu perayaan yang diraikan di seluruh dunia pada 5 Oktober bagi menghargai jasa para guru.
Namun begitu, di Malaysia, tarikh 16 Mei telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh tersebut dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Perkara ini seterusnya menghasilkan Dasar Pelajaran Kebangsaan atau lebih dikenali sebagi Laporan Razak.
Objektif
Dibawah merupakan objektif sambutan hari guru 2023
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Tema Hari Guru
Setiap tahun, di Malaysia Sambutan Hari Guru, diraikan dengan tema yang berbeza-beza, dan pada tahun 2023 ini, tema Guru Insani Pemangkin Generasi Madani telah dipilih oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
Beliau telah mengumumkan tema hari guru ini sewaktu perasmian Program Gerakan Massa:#TerimakasihCikgu, dan juga melalui laman Twitter beliau
Berdasarkan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia, konsep tema Hari Guru pada tahun 2023 ini adalah:
Membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa.
Sementara itu, tema hari guru 2023 ini juga memfokuskan kepada “Kesediaan guru mendudukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru” dengan memberi penekanan kepada:
- Jati Diri dan Kenegaraan
- Roh dan Jiwa Guru
- Pengetahuan dan Kemahiran
Tema Tahun Sebelumnya
Dibawah merupakan tema sambutan hari guru bagi tahun-tahun sebelum ini:
- 2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
- 2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
- 2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
- 2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- 2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Baca juga: