Advertisements

i-Sayang (KWSP): Syarat dan Cara Pendaftarannya

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menjaga kebajikan para isteri dengan memberi pilihan kepada suami untuk memindahkan dua peratus caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini, terus bersama artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apakah i-Sayang KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), telah melancarkan kemudahan skim i-Sayang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Malaysia, sekaligus membantu dalam menjaga kebajikan para Isteri.

Kemudahan skim i-Sayang, ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami (pemberi) ke akaun isteri (penerima).

i-Sayang

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar bagi skim i-Sayang ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pemberi (Suami) dan penerima (Isteri) seperi di bawah:

  • Pemberi (Suami)
    1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
    2. Ahli KWSP
    3. Belum mencapai umur 75 tahun
    4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
  • Penerima (Isteri)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Ahli KWSP
    3. Belum mencapai umur 75 tahun
    4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Ciri-ciri Skim i-Sayang

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

*Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan agar pemindahan caruman dapat dihentikan secara terus.

Cara Pendaftaran Skim i-Sayang

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

  • i-Akaun (Ahli); ATAU
  • Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

*Nota: Tiada dokumen tambahan yang perlu dibawa ketika pendaftaran dilakukan, dan hanya pemberi (suami) sahaja yang boleh melakukan pendaftaran bagi skim ini.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan maklumat tambahan berkaitan i-Sayang atau terdapat sebarang persoalan, anda boleh mencari maklumat atau mengajukan soalan tersebut melalui saluran-saluran berikut:

  • Laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my; ATAU
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
  • Cawangan KWSP yang berhampiran.

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.