Advertisements

Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam: Belanjawan 2023

Pada 24 Februari yang lalu, Y.A.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim telahpun membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, dan salah satu inisiatif kerajaan yang dibincangkan adalah berkenaan subsidi yuran taska bagi kakitangan awam.

Oleh itu, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan insentif ini, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Subsidi Yuran Taska Bagi Penjawat Awam

Pada bulan lepas, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2023 dan salah satu inisiatif kerajaan Madani dalam meringankan beban penjawat awam yang telah banyak berjasa kepada pihak kerajaan, adalah dengan menyediakan subsidi bagi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam.

Pemberian subsidi ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk memperkasa dan memperluas akses pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Kerajaan juga akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika kemas termasuk 13 projek baharu bagi merealisasikan impian ini.

Pelbagai usaha dan insentif oleh kerajaan Madani ini diumumkan kerana kerajaan sensitif akan keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.

subsidi Yuran taska
Sumber: harapandaily.com

Jumlah Subsidi Yuran Taska Bagi Penjawat Awam

Jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada anak penjawat awam yang menggunakan khidmat Taska adalah sebanyak RM 180.00 seorang.

Subsidi ini, akan terus dibayar kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai berkhidmat, dan jika terdapat baki lebihan, pegawai tersebut akan menanggung kos berkenaan.

Subsidi sebanyak RM180.00 ini layak diterima oleh penjawat awam yang bergaji RM7,000.00 ke bawah, di mana untuk pengetahuan anda, sebelum ini, kelayakan bagi penerima subsidi ini adalah dalam kalangan golongan penjawat awam berpendapatan RM 5000.00 ke bawah.

Yuran taska
Sumber: BuletinTV9

Syarat Kelayakan

Bagi pegawai yang berminat, anda perlu memenuhi syarat kelayakan di bawah sebelum anda boleh membuat permohonan:

  • Bergaji RM7000 ke bawah.
  • Anak berusia bawah empat (4) tahun sewaktu tarikh pendaftaran.
  • Ibu/Bapa/Penjaga merupakan Warganegara Malaysia
  • TASKA berdaftar dengan JKM

Cara Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023

Bagi pegawai yang memenuhi syarat kelayakan dan mahu mendapatkan subsidi ini, anda hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/ anak pelihara;
  3. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;
  4. Salinan penyata gaji, dan:
  5. Salinan penyata gaji suami/ isteri. Bagi suami/ isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai

Baca Juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.