Advertisements

Intipati Belanjawan 2023: Penghasilan Malaysia Madani

Pada Jumaat lepas bersamaan dengan 24 Februari 2023, Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2023, dan artikel akan menyenaraikan intipati belanjawan tersebut.

Oleh itu, untuk yang terlepas dalam mengikuti pebentangan tersebut, teruskan bacaan anda sehingga ke penghujung artikel bagi mengetahui manfaat dan perkara yang bakal dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan bagi tahun ini.

Belanjawan 2023

Selari dengan slogan baru yang telah dibentuk oleh Kerajaan Perpaduan, tema bagi Bajet 2023 yang telah dijalankan pada 24 Februari yang lepas adalah Membangun Malaysia Madani.

Sebanyak RM388.1 bilion bakal digunakan oleh pihak Kerajaan Madani, bagi pengurusan negara pada tahun ini, dengan RM289.1 bilion bagi perbelanjaan pengurusan operasi dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Intipati Belanjawan 2023

Matlamat Induk Belanjawan 2023, adalah berdasarkan kepada 3R iaitu:

  • Responsif kepada sebarang cabaran mendatang dan menyedikan bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia.
  • Bertanggunjawab (Responsible) dalam membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang.
  • Reformis yang mengambil peluang mengubah lanskap pembangunan negara agar menjadi sebuah negara yang inklusif dan mampan.

Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan matlamat utama Belanjawan 2023 ini boleh dilihat melalui pautan : https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/infografik/

Ringkasan Intipati Belanjawan 2023

Cabaran dan Tentangan yang Dihadapi

Antara ringkasan intipati Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini, beliau telah memulakannya dengan menyatakan tentang cabaran dan tentangan yang dihadapi dalam merangka Bajet 2023:

  1. Kerajaan mewarisi bebanan hutang yang terlalu tinggi
    • Hutang negara akan menjangkau 1.2 trilion ringgit atau lebih 60% bagi tahun 2023.
  2. Malaysia mengalami kemerosotan dalam pentadbiran
    • Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 telah jatuh merudum ke tangga 61 jika dibandingkan tangga 29 yang kita capai 1998.
  3. Negara perlu menempuh ketidaktentuan ekonomi dunia
    • Tabung Kewangan Antarabangsa mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia 2023 yang menyederhana pada 2.9% ketimbang 3.4% pada tahun lalu.
  4. Pelaburan belum mencapai prestasi sebelum pandemik
    • Kedudukan negara dalam Senarai Daya Saing Dunia telah jatuh ke tangga 32 menyebabkan kurangnya keyakinan pelabur berbanding tahun sebelum ini.
  5. Tantangan ekonomi yang mengesankan rakyat.
    • Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 dan akan menjadi lebih tinggi jika ketidaktentuan rantaian bekalan global tidak ditangani.

Ikhtiar Pemacuan Ekonomi Mampan

Berikut merupakan 12 ikhtiar kerajaan yang diumukan dalam Bajet 2023 bagi membantu dalam memacu ekonomi negara sekaligus menambahbaik keadaan negara dari aspek sosial.

  1. Kemampanan Fiskal
  2. Memenuhi keperluan ekonomi rakyat
  3. Mendepani Musibah Bencana
  4. Meraih Pelaburan Berimpak Tinggi
  5. Pembaharuan Sektor Awam
  6. Memperkasa Kerjasama Awam-Swasta
  7. Mengutama Agenda Digital
  8. Memperkukuh Peranan Agensi dan Syarikat Kerajaan
  9. Menokhtahkan Miskin Tegar
  10. Meminimum Beban Sara Hidup
  11. Menjamin Keharmonian dan Perpaduan
  12. Menyediakan Keperluan Asas Berkualiti

Inisiatif Kerajaan dan Bantuan yang dibincangkan dalam Belanjawan 2023

Berikut adalah antara inisiatif atau bantuan kerajaan yang dibincangkan dalam belanjawan 2023, yang mampu membantu rakyat Malaysia:

Intipati Belanjawan 2023

Maklumat Tambahan

Jika anda inginkan maklumat tambahan berkenaan Intipati Belanjawan 2023 anda boleh menonton video ucapan dibawah:

Atau anda boleh membaca ringkasan belanjawan yang telah disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia:

Anda juga boleh pergi ke laman rasmi Belanjawan 2023 bagi mendapatkan maklumat-maklumat lain berkenaan intipati belanjawan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.