Advertisements

Ujian Memandu Percuma (Belanjawan 2023)

Pada 24 Februari 2023, kerajaan perpaduan telah mengumumkan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dengan memberikan kemudahan mengambil ujian memandu secara percuma dalam pebentangan Belanjawan 2023.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bantuan ini, boleh terus bersama artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apakah Bantuan Lesen Memandu 2023?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing

Perlaksanaan bantuan khas ini akan dijalankan pada tahun ini dan dilaksanakan bagi membantu rakyat terutama daripada golongan belia kerana menurut beliau, belia-belia ini adalah antara individu-individu yang bakal membantu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam sektor pengangkutan awam.

Jenis Lesen Memandu yang Ditanggung Kerajaan

Dalam pembentangannya semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, telah mengumumkan bahawa ujian memandu secara percuma ini hanya akan diberikan kepada beberapa jenis ujian sahaja, iaitu:

  • Lesen Motorsikal B2
  • Lesen teksi
  • Lesen Bas
  • Lesen e-hailing

Hal ini demikian kerana, kerajaan berharap dengan menawarkan lesen memandu secara percuma, ia sekaligus dapat membuka tawaran pekerjaan kepada golongan belia, dan seterusnya membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

ujian memandu

Cara Mohon Ujian Memandu Percuma

Permohonan dan syarat kelayakan bagi mengambil lesen memandu secara percuma belum lagi dimaklumkan.

Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa dalam masa terdekat beliau akan mengumumkan secara terperinci syarat kelaikan mendapatkan bantuan lesen percuma ini dan juga bagaimana permohonan untuk mendapatkannya boleh dilakukan.

Segala maklumat terkini berkenaan cara memohon dan syarat kelayakan bantuan ujian memandu ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk pengetahuan umum.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas untuk mendengar belanjawan 2023 berkenaan ujian memandu yang telah dibentangkan semalam, anda boleh membacanya menerusi fail Pdf di bawah yang telah disediakan di pautan https://budget.mof.gov.my/ms/:

Maklumat lanjut mengenai ujian lesen memandu percuma 2023 ini juga boleh diikuti di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.