Advertisements

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (Belanjawan 2023)

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dalam pembentangan belanjawan 2023 yang berlangsung pada hari ini, 24 Februari 2023.

Bantuan ini diagihkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

bantuan khas kewangan aidilfitri

Tarikh Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Tarikh pemberian bantuan khas ini dibuat bersama pembayaran gaji bulan April 2023.

Jumlah Bantuan Khas

Jumlah bantuan khas yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam: RM700.00
  • Pesara Awam: RM350.00

Kategori Penjawat Awam

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia, kategori penjawat awam yang layak mendapatkan bantuan khas kewangan ini adalah:

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract of Service.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract for Service.
  • Pesara kerajaan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai bantuan ini boleh diperolehi melalui Laman Web Khas Belanjawan 2023, Kementerian Kewangan di pautan berikut: https://budget.mof.gov.my/ms/

Anda juga boleh mendapatkan maklumat tambahan berkenaan belanjawan 2023 melalui fail PDF dibawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.