Advertisements

Pahang Pride Kid 2023: Cara Memohon dan Manfaatnya

Kerajaan negeri Pahang telah memperkenalkan sebuah program iaitu Program Pahang Pride Kid 2023 dimana program ini dijalankan dengan penyerahan wang saguhati kepada setiap anak yang dilahirkan di negeri tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini, teruskan pembacaan anda.

Apa itu Program Pahang Pride Kid 2023?

Program ini merupakan satu program di bawah kerajaan negeri, di mana mereka akan memberikan wang saguhati sebanyak RM300 kepada setiap ibu bapa yang baru melahirkan bayi mereka.

RM50 akan diperuntukkan bagi pembelian barangan bayi, RM100 adalah untuk simpanan masa depan anak terbabit menerusi akaun simpanan i-Nuri, dan RM150 akan diserahkan dalam bentuk gold bar.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang dan membantu dalam menggalakkan kadar kelahiran di negeri tersebut.

Syarat Kelayakan

Dibawah merupakan syarat kelayakan yang dikenakan bagi melayakkan anda mendapat wang saguhati daripada program ini:

  1. Bayi yang dilahirkan adalah bayi Warganegara Malaysia
  2. Bayi dilahirkan di negeri Pahang
  3. Dilahirkan pada tahun 2023
pahang pride kid

Cara Memohon Pahang Pride Kid 2023

Ibubapa atau penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara atas talian dengan mengimbas QR code atau pergi ke pautan berikut:

https://erakyat.pahang.gov.my/

Lengkapkan segala maklumat yang diminta dan tekan butang “Hantar”

Cara Pembukaan Akaun Bank Rakyat

Bagi ibubapa atau penjaga yang layak menerima inisiatif daripada program Pahang Pride Kid 2023 ini, anda perlu membuka akaun Bank Rakyat NURI bagi menerima wang saguhati tersebut.

Anda boleh membuka akaun tersebut di mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan, dan anda perlu membawa sekali dokumen-dokumen di bawah bagi membuka akaun tersebut.

  1. Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  2. Sijil lahir kanak-kanak.
  3. Sijil tahniah Bayi Kebangaan Pahang 2023.
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan

Jika anda ingin mengetahui berkenaan Pahang Pride Student 2023, anda boleh ke pautan berikut: https://semakanonline.com/pahang-pride-student/

Makluamt Lanjut

Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan berkenaan inisiatif ini dengan melayari laman web Kerajaan Negeri Pahang iaitu https://www.pahang.gov.my/.

Selain itu, jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah yang melibatkan Program Pahang Pride Kid 2023 ini anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:

Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang:

09-5124043/09-5124039

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.