Login Sistem Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 (idMe)
Sekiranya anak-anak anda bakal memasuki Darjah 1 tahun depan, ibu bapa / penjaga mestilah membuat pendaftaran online Tahun 1 ambilan 2024 / 2025 bermula 1 Mac 2023 sehingga 1 Mei 2023.
Pendaftaran murid tahun 1 dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih, boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi yang telah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu atau melalui sekolah pilihan anda.
Syarat Kemasukan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
Permohonan ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kemasukan Darjah 1 bagi Tahun 2023 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Kemasukan Tahun 1 bagi tahun 2024 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019.
Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
Tarikh Pendaftaran
Permohonan online Murid Tahun 1 bagi kalendar akademik sesi 2024 / 2025 akan dibuka pada 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.
Cara Pendaftaran Tahun 1 Online KPM
Bagi pengguna kali pertama, anda wajib membuat pendaftaran sebagai pengguna terlebih dahulu.
Selesai berjaya mendaftar, barulah anda boleh log masuk untuk membuat permohonan Tahun 1.
Untuk maklumat yang lebih jelas, berikut kami kongsikan langkah demi langkah bagaimana untuk membuat pendaftaran Tahun 1 secara atas talian.
Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM boleh diakses menerusi aplikasi https://idme.moe.gov.my/login
Bagi yang ingin mendaftar anak ke prasekolah, pastikan anda rujuk Manual Pendaftaran ePrasekolah.
Soalan Lazim
Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Murid Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.
Maklumat Tambahan
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak anda.
Nombor telefon dan e-mel tersebut boleh diperoleh melalui https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0.
Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan ke alamat e-mel berikut:
Berkenaan IDME: [email protected]
Soalan Umum melibatkan KPM: [email protected]