Advertisements

Jadual Tarikh Bayaran Bulanan PERKESO & Pencen Ilat 2024

Berikut dikongsikan tarikh bayaran bulanan PERKESO bagi tahun 2024 seperti yang tertera di portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Untuk makluman, PERKESO atau SOCSO menyediakan bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang ditimpa malang.

Terbaru, PERKESO melancarkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bertujuan melindungi pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Melalui program SIP ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Pada tahun 2020 melalui insentif PENJANA, PERKESO turut memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah sehingga RM1,200 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, layari Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

Baca juga: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Tentang PERKESO

Sumbangan PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia yang  berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan (termasuk yang bekerja sementara atau kontrak).

Walaubagaimanapun, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke atas.

Disebabkan oleh prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun gajinya telah melepasi RM3,000.

Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka.

Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja. Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

Sama seperti KWSP, mana-mana majikan yang gagal mendaftar boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil. Manakala majikan yang gagal mencarum, boleh terus diambil tindakan pendakwaan.

Kadar caruman pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, sara hidup dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.

Tarikh Bayaran PERKESO 2024

BilBulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan
1Januari31 Januari 2024Rabu
2Februari1 Mac 2024Jumaat
3Mac1 April 2024Isnin
4April30 April 2024Selasa
5Mei24 Mei 2024Jumaat30 Mei 2024 bersamaan Pesta Keamatan
1 Jun 2024 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak
6Jun11 Jun 2024Selasa17 Jun 2024 bersamaan Hari Raya Qurban
7Julai1 Ogos 2024Khamis
8Ogos30 Ogos 2024Jumaat
9September1 Oktober 2024Selasa
10Oktober25 Oktober 2024Jumaat31 Oktober 2024 bersamaan Hari Deepavali
11November29 November 2024Jumaat
12Disember19 Disember 2024Khamis25 Disember 2024 bersamaan Hari Krismas
faedah perkeso 2024

Kadar caruman ini ditentukan berdasarkan gaji bulanan anda. Sebagai contoh, jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman anda adalah sebanyak RM32.6 sebulan.

Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja. Untuk info lanjut berkenaan hal ini, anda boleh rujuk jadual kadar caruman di sini.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang inginkan maklumat tambahan berkenaan jadual pembayaran PERKESO dan Pencen ILAT 2024 ini anda boleh terus ke laman rasmi PERKESO di sini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.