tarikh bayaran gaji 2019

Tarikh Bayaran Gaji 2019 Penjawat Awam & Kakitangan Kerajaan

Setiap tahun Jabatan Akauntan Negara akan mengeluarkan pekeliling bagi tarikh pembayaran gaji 2019 penjawat awam dan kakitangan kerajaan.

Berikut adalah jadual bayaran gaji terkini dari JANM.

Untuk dapatkan penyata gaji terkini, anda boleh ke portal rasmi http://www.anm.gov.my/

Umum sedia maklum pembayaran bonus penjawat awam telah pun dibuat sebanyak RM500 pada Disember tahun lalu.

Bonus seterusnya belum diumumkan. Nantikan Belanjawan 2020 nanti.

Tarikh Bayaran Gaji 2019

Jadual gaji 2019 di bawah dirujuk dari pekeliling rasmi JANM.

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan sepanjang tahun 2019.

Ianya wajib dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Bayaran gaji adalah melalui Sistem Gaji Berkomputer.

Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui Arahan Pembayaran bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian/ Pengarah JANM Negeri/ Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

Jadual Pembayaran Gaji

Berikut adalah jadual pembayaran gaji dari Januari hingga Disember 2019.

  • 24 Januari – Khamis
  • 25 Februari – Isnin (5&6 Feb Tahun Baru Cina)
  • 25 Mac – Isnin
  • 25 April – Khamis
  • 23 Mei – Khamis
  • 25 Jun – Selasa (5&6 Jun Hari Raya Puasa)
  • 25 Julai – Khamis
  • 22 Ogos – Khamis (11 Ogos Hari Raya Haji)
  • 25 September – Rabu
  • 17 Oktober – Khamis (27 Oktober Deepavali)
  • 25 November – Isnin
  • 18 Disember – Rabu (25 Disember Krismas)

Klik sini untuk download pekeliling rasmi JANM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.